Friday, August 28, 2009

Kemenangan Besar Pasukan Memanah di Bulan Ramadhan


Sibu, 24-28 Ogos 2009. Kejohanan Memanah Terbuka Sarawak ke sebelas telah diadakan di Stadium Tun Zaidi, sibu yang disertai oleh 10 pasukan daripada ATM, Miri, Sarik, SMKS, KIAA, Sabah, Kuching, Limbang, Lawas, Majlis Sukan Sarawak dan pasukan terkecil UiTM yang disertai oleh 6 pemanah dan seorang pegawai. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Memanah Sarawak (PEMASA) di dalam bulan Ramadhan yang merupakan kejohanan memanah pertama yang diadakan di dalam bulan Ramadhan di Malaysia.
Syukur pada Allah yang memberi kejayaan besar di bulan yang Ramadhan yang mulia ini dengan 15 EMAS, 4 PERAK dan 5 GANGSA. Sesungguhnya kejohanan Sarawak Open ke sebelas ini amat mencabar kerana jadual kejohanan yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Cuaca yang panas terik benar-benar menguji ketahanan pemanah termasuk saya sendiri namun kesemua pemanah ingin merasa sendiri apa yang telah para sahabat rasa pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah iaitu sewaktu tercetusnya perang badar.

Agak tersentuh melihat pemanah terus terduduk atau terbaring selepas tiap-tiap giliran memanah tamat. Ini ditambah dengan bilik kediaman yang terletak di tingkat 3 dimana pemanah terpaksa mengangkat beg-beg yang berat setiap hari. Namun saya amat berbangga dengan semangat tidak berbelah bagi untuk melonjakkan nama UiTM dan Pahang diperingkat kebangsaan, mereka tidak pernah menyerah kalah pada kesukaran ini.

Sememangnya kejayaan besar ini adalah disebabkan kategori recurve mula memberi cabaran hasil latihan saudari Mon Redee Sut Txi yang berpengalaman luas disamping beliau sendiri bermain untuk memberi galakan kepada anak buah beliau. Menurut beliau, hasil persaingan sihat antaranya dan anak buah beliau telah secara tidak langsung meningkat prestasi ke tahap yang membanggakan. Sedikit sebanyak sinaran pingat bagi acara recurve di SUKMA 2010 mula kelihatan dan momentum ini dapat dikekalkan jika peluang terus diberikan kepada anak buah beliau untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Pasukan UiTM mendominasi acara Recurve Wanita melalui Mon Redeee Sut Txi (Jurulatih ) dengan 5 emas , diikuti oleh Fatin Nurfatehah pelajar diploma sains sukan dengan 4 emas, Wooden lelaki melalui pelajar diploma jurusan perakaunan Mohd Hanafiah Senin 3 emas, 2 emas oleh Mohd Khairul Azam Hashim, pelatih pusat pelapis negeri dan Mohd Rizaini Pandak Mohd pelajar Diploma Sains dengan 1 emas. Berikut adalah maklumat terperincinya :


Emas
1. Mon Redee Sut Txi 70m Recurve Wanita
2. Mon Redee Sut Txi 60m Recurve Wanita
3. Mon Redee Sut Txi 50m Recurve Wanita
4. Mon Redee Sut Txi 30m Recurve Wanita
5. Mon Redee Sut Txi Pusingan Olimpik Individu Recurve Wanita
6. Fatin Nurfatehah Mat Salleh 70m Compound Wanita
7. Fatin Nurfatehah Mat Salleh 50m Compound Wanita
8. Fatin Nurfatehah Mat Salleh 30m Compound Wanita
9. Fatin Nurfatehah Mat Salleh Pusingan Olimpik Individu Compound Wanita
10. Mohd Rizaini Pandak Mohd 30m Recurve Lelaki
11. Mohd Hanafiah Senin 30m Wooden Lelaki
12. Mohd Hanafiah Senin 20m Wooden Lelaki
13. Mohd Hanafiah Senin Keseluruhan Wooden Lelaki
14. Mohd Khairul Azam Hashim 50m Compound Lelaki
15. Mohd Khairul Azam Hashim Berpasukan Compound Lelaki
PERAK
1. Fatin Nurfatehah Mat Salleh Pusingan Olimpik Berpasukan Compound Wanita
2. Fatin Nurfatehah Mat Salleh 60m Compound Wanita
3. Mohd Khairul Azam Hashim Pusingan Olimpik Individu Compound Lelaki
4. Mohd Khairul Azam Hashim 30m Compound Lelaki

GANGSA
1. Mohd Khairul Azam Hashim 90m Compound Lelaki
2. Mohd Khairul Azam Hashim 70m Compound Lelaki
3. Mohd Rizaini Pandak Mohd 70m Recurve Lelaki
4. Mohd Rizaini Pandak Mohd 50m Recurve Lelaki
5. Adibah Tajuddin 70m Recurve Wanita

Kejayaan UiTM adalah hasil usaha keras seluruh warga UiTM, Majlis Sukan Pahang dan Majlis Sukan Negara yang banyak membantu kami.

Thursday, August 27, 2009

Sirkit Kebangsaan 2 - UiTM Cemerlang

Sirkit Kebangsaan 2 berlangsung dari 19-23 Ogos 2009. bertempat di MSN Keramat, Kuala Lumpur. Keputusannya UiTM Menang 3 emas 7 perak 8 Gangsa. Fakta seperti berikut :-

Norhayati Al-Madihah Hashim pecah 2 rekod Kebangsaan 60m (342/360) dan 30m (357/360) !!!

Kejayaan Manis berpasukan lelaki mengalahkan team paling kuat PPOC untuk mara ke separuh akhir.

EMAS
1 Norhayati Al-Madihah Hashim - 60m
2 Norhayati Al-Madihah Hashim - 30m
3 Nurhidayah Abdul Latip (AC110) - 50m

PERAK
1 Fatin Nurfatihah Mat Salleh (SR113) - 50m
2 Fatin Nurfatihah Mat Salleh (SR113) - 30m
3 Fatin Nurfatihah Mat Salleh (SR113) - OR Individu
4 Nurhidayah Abdul Latip (AC110) - 60m
5 Berpasukan Compound Wanita (Fatin Nurfatihah Mat Salleh, Norhayati Al-Madihah Hashim, Nurhidayah Abdul Latip)
6 Berpasukan Recurve Wanita (Mon Redee Sut Txi, Adibah Tajuddin, Nur Syazwanee Abdul Wahab)
7 Mon Redee Sut Txi - 70m

1 Nurhidayah Abdul Latip (AC110) - 70m
2 Nurhidayah Abdul Latip (AC110) - 30m
3 Norhayati Al-Madihah Hashim - 50m
4 Adibah Tajuddin - 70m
5 Mon Redee Sut Txi - 60m
6 Nurhidayah Abdul Latip (AC110) - OR Individu
7 Mon Redee Sut Txi - OR Individu
8 Berpasukan Compound Lelaki (Sharir Aizat Abdul Gani, Mohd Khairul Azwan, Wan Azwan Wan Mohd)

Terima Kasih daripada pasukan Jurulatih UiTM Pahang kepada semua Warga UiTM Pahang , UiTM Puncak Alam dan Pusat Sukan Shah Alam

1.) Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad
2.) Mon Redee Sut Txi
3.) Barol Isham Mohd Alias

ASIAN ARCHERY COACHING AND TECHNIQUE SEMINAR



TARIKH : 1 – 4 Ogos 2009
TEMPOH LAWATAN : 4 Hari
TEMPAT LAWATAN : Taoyuan, Taiwan
PENERBANGAN PERGI : 0940 MH 094 (1 Ogos 2009)
PENERBANGAN PULANG : 1505 MH 367 (4 Ogos 2009)
NAMA PEGAWAI :
1.) PUVANESWARAN A/L MUNIANDI (Pegawai NAAM) &
2.) MOHAMAD AZMI NIAS AHMAD (Jurulatih Pahang)
3.) ZAINUDDIN BIN TALIB (Jurulatih Melaka)
4.) SYAHMI BIN MUHAMAD FAHUZI (Jurulatih Perak)

CABARAN PUSINGAN OLIMPIK, KATEGORI LELAKI ASIA DAN PEMANAH NEGARA DI ARENA ANTARABANGSA : KEPERLUAN PEMANAH BERSEDIA UNTUK PERUBAHAN-PERUBAHAN PERATURAN YANG MENCABAR.
Oleh : MOHAMAD AZMI BIN NIAS AHMAD

Sukan memanah mula dipertandingkan di Sukan Olimpik moden pada tahun 1900. Walaubagaimanapun, memanah telah digugurkan dalam acara Olimpik selpas itu disebabkan oleh tiadanya satu badan dunia yang bertanggungjawab menyelaraskan peraturan di kejohanan dunia tersebut. Dengan tertubuhnya badan dunia FITA (The International Archery Federation) pada 4 September 1931 memanah sekali lagi muncul semula di sukan Olimpik 1972 di Munich. Sejak itu penyertaan bagi sukan ini semakin bertambah dan memanah menjadi semakin popular.

Memandangkan ketika itu memanah menggunakan format FITA dan double FITA yang memerlukan pemanah memanah 114 atau 228 anak panah bagi empat jarak iaitu 90,70,50 dan 30 meter bagi acara lelaki dan 70,60,50 dan 30 meter bagi acara wanita, memanah dilihat sebagai acara yang membosankan bagi penonton dan menyebabkan memanah kurang mendapat perhatian media kerana sukan ini tidak mensajikan aksi-aksi dan drama yang boleh menyebabkan penonton tertarik. Selain daripada itu juga penonton tidak boleh bersorak menyokong pasukan masing-masing dan dominasi pasukan Korea di dalam sukan in juga menjadikannya semakin membosankan dan berat sebelah.

Atas desakan ingin menjadikan sukan memanah lebih menarik dan kompetitif, badan dunia FITA telah memperkenalkan pusingan Olimpik atau ‘Olimpic round’ bermula pada 1992 di Sukan Olimpik Barcelona. Pusingan Olimpik adalah pusingan kalah mati dimana pemanah perlu memanah sebanyak 18 batang anak panah di pusingan-pusingan awal dan 12 batang anak panah di punginan suku akhir hingga ke akhir. Pemanah akan memanah secara satu lawan satu dimana ranking ditentukan setelah pemanah memanah sebanyak 72 batang anak panah pada jarak 70 meter. Pemanah yang berada pada kedudukan pertama akan melawan pemanah di tempat 64, pemanah di tempat kedua akan melawan pemanah di tempat 63 dan seterusnya.

Pengenalan pusingan Olimpik pada temasya sukan Olimpik Barcelona 1992 telah menjadikan sukan memanah semakin menarik dan liputan media semakin bertambah kerana debaran acara ini yang sangat kompetitif dimana biasanya pemenang ditentukan pada anak panah terakhir yang pada kebiasaannya hanya dibezakan dengan hanya 1 atau 2 mata sahaja. Sebagai contoh, di sukan Olimpik Beijing, Pemanah China, Zhang Juan Juan telah mengejutkan pemanah dari Korea Park Sung Hyun dengan satu mata, 110-109, begitu juga pemanah Ukraine, Ruban Viktor mengalahkan Park Kyung Mo daripada Korea dengan satu mata, 113-112.

Pusingan Olimpik memberi lebih banyak gangguan dari penonton. Di pusingan Olimpik, penyokong dibenarkan menyokong pasukan kegemaran mereka. Undang-undang ini sememangnya memberi cabaran besar kepada pemanah yang ingin fokus ketika membidik sasaran. Selain daripada itu tempoh panahan yang semakin disingkatkan dari 40 saat untuk memanah setiap anak panah kepada 30 saat dan di sukan Olimpik 2012, masa panahan dijangkakan disingkatkan kepada 20 saat akan terus memberi tekanan kepada pemanah-pemanah. Tekanan ini terbukti ketika perlawanan akhir acara individu wanita, pemanah terkemuka Korea, Park Sung Hyun terpaksa berpuas hati dengan pingat perak walaupun pasukan Korea telah membuat bantahan kerana beliau diganggu ketika ingin melepaskan anak panah oleh penonton pasukan tuan rumah yang telah meniup wisel dengan kuat

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh pemanah lelaki asia ialah mereka belum pernah memenangi pingat emas acara individu sejak 1972 seperti maklumat di bawah:

PEMENANG PINGAT EMAS KATEGORI LELAKI

No Sukan Olimpik Pemenang Pingat Emas Negara
1 Beijing 2008 Ruban Viktor Ukraine
2 Athens 2004 Marco Galiazzo Italy
3 Sydney 2000 Simon Fairweather Australia
4 Atlanta 1996 Justin Huish USA
5 Barcelona 1992 Sebastien Flute France
6 Seoul 1988 Jar Barrs USA
7 LA 1984 Darell Pace USA
8 Moscow 1980 Tomi Poikolainen Finland
9 Montreal 1976 Darell Pace USA
10 Munich 1972 John Williams USA
11 Paris 1900 Henri Herouin France

Fakta di atas agak mengejutkan disebabkan pemanah-pemanah asia yang hebat daripada Korea, Jepun dan lain-lain sering kali menduduki tangga teratas ranking dunia dan sering memenangi kejohanan-kejohanan dunia.

Daripada perspektif Negara kita, Malaysia belum lagi memenangi pingat di sukan Olimpik. Walaubagaimanapun, Malaysia seringkali memenangi pingat di kejohanan-kejohanan besar yang juga disertai oleh Negara-negara pemenang pingat di sukan Olimpik. Persoalan timbul, adakah Malaysia bersedia sepenuhnya untuk menggenggam pingat emas Olimpik? Ada pihak-pihak tertentu mengatakan pemanah Negara terlalu gugup sewaktu di Sukan Olimpik Beijing 2008. Adakah ini alasan atau realiti yang perlu ditangani oleh pihak persatuan dan Majlis Sukan Negara? Dalam salah satu akbar tempatan, jurulatih Malaysia, Encik Lee Jae Hyung mengatakan bahawa pemanah Negara kurang pendedahan untuk bermain dikejohanan besar seperti sukan Olimpik. Ini ditambah pula dengan satu fakta yang tidak boleh disangkal oleh semua pihak iaitu mengikut sejarah, semua pemenang pingat emas Olimpik bagi semua kategori (individu lelaki, individu wanita, berpasukan lelaki dan berpasukan wanita) datangnya daripada Negara maju seperti jadual dimuka surat sebelah.

INDIVIDU

No Sukan Olimpik Kategori Lelaki Negara Kategori Wanita Negara
1 Beijing 2008 Ruban Viktor Ukraine * Zhang Juan Juan China
2 Athens 2004 Marco Galiazzo Italy Park Sung Hyun Korea
3 Sydney 2000 S Fairweather Australia Yun Mi Jin Korea
4 Atlanta 1996 Justin Huish USA Kim Kyung Wook Korea
5 Barcelona 1992 Sebastien Flute France Cho Youn Jeon Korea
6 Seoul 1988 Jar Barrs USA Kim Soo Nyung Korea
7 LA 1984 Darell Pace USA Seo Hyang Soon Korea
8 Moscow 1980 T Poikolainen Finland Keto Losaberidze URS
9 Montreal 1976 Darell Pace USA Luann Ryon USA
10 Munich 1972 John Williams USA Doreen Wilber USA
11 Paris 1900 Henri Herouin France Tidak dipertandingkan

*Ukraine adalah bekas Negara Rusia dimana Rusia tersenarai sebagai Negara maju


BERPASUKAN

No Sukan Olimpik Kategori Lelaki Kategori Wanita
1 Beijing 2008 KOREA KOREA
2 Athens 2004 KOREA KOREA
3 Sydney 2000 KOREA KOREA
4 Atlanta 1996 USA KOREA
5 Barcelona 1992 SPAIN KOREA
6 Seoul 1988 KOREA KOREA

Fakta di atas jelas membuktikan bahawa jika ingin menang pingat emas Olimpik, pemanah perlu ada minda kelas pertama seperti minda rakyat dinegara maju. Oleh itu perkembangan kajian dan latihan yang lebih kemas, berteknologi tinggi, konsisten dan holistic perlu diterapkan diperingkat awal. Menurut Profesor Um Sung Ho, teknik yang hebat belum menjamin seorang pemanah itu boleh menjadi johan Olimpik. Beliau menegaskan bahawa seorang pemanah kotemporari perlu ada mental yang kuat, hati yang tenang dan fizikal yang hebat bagi menjadi pemanah yang berkualiti. Semua faktor-faktor tersebut perlukan latihan berterusan.

Menyedari hakikat ini, Persatuan Memanah Asia (Asian Archery Federation) merintis jalan untuk memberi latihan dan pendedahan kepada jurulatih-jurulatih di Asia bagi melahirkan pemanah yang mempunyai kualiti yang disebut oleh Profesor Um Sung Ho. Peserta diberi pendedahan mengenai aspek dalaman pemanah bagi membolehkan pemanah mendapat fokus yang maksima. Selain daripada itu aspek fisiologi, latihan fizikal dan Psikologi menjadi fokus utama di dalam seminar ini dimana pembentang-pembentangnya adalah dikalangan pensyarah-pensyarah Pengajian Sukan di Taiwan. Salah satu kertas kerja yang bertajuk “Biomechanics Application on Archery” oleh pembentang, Dr Wen Tzu Tang yang mengkaji aspek biomekanik pemanah amat menarik perhatian dan membuka mata peserta mengenai betapa pentingnya kajian ini sepatutnya dilakukan kepada pemanah-pemanah elit Negara.

Ahli akademik di Taiwan begitu komited melakukan kajian bagi membantu sukan memanah. Hasil kajian-kajian ini dapat dilihat bermanfaat kepada mereka apabila pasukan memanah Taiwan Berjaya memenangi pingat perak perak bagi acara berpasukan lelaki dan pingat gangsa bagi acara berpasukan wanita di Temasya sukan Olimpik Athens 2004.

Memandangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara membangun dimana tahap pemikiran dan sikap rakyatnya yang belum mencapai tahap Negara maju adalah dicadangkan pihak-pihak tertentu membuat kajia-kajian untuk mencari kaedah terbaik untuk melatih pemanah-pemanah Negara. Walaupun ianya boleh dianggap remeh, namun sejarah membuktikan siapa yang mempunyai mental yang kuat, hati yang tenang dan fizikal yang hebat dan yang penting mempunyai minda kelas pertama, dialah juara Olimpik.

Adalah diharapkan juga supaya ahli-ahli akademik dikalangan pensyarah-pensyarah sains sukan dapat tampil membantu pasukan memanah Negara bagi membuat kajian di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan memanah. Semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan memanah akan menyumbangkan pingat emas pertama Negara di sukan Olimpik suatu masa kelak.


Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad
(Jurulatih Pahang / UiTM / Compound UiTM Pahang)

Beliau boleh di hubungi di :
Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad
Pensyarah Kanan , Fakulti Perakaunan
UiTM Pahang, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
H/P : 019-2364466
Fax : 09-4602116
Email : azminias@gmail.com
blog Kelab : http://uitmarcher.blogspot.com

UiTM Cemerlang di Terbuka UPM


Pemanah UiTM telah memenangi 4 emas 3 perak dan 4 gangsa di Kejohanan Memanah Terbuka UPM 2009 bertempat di Stadium UPM. Kejohanan ini diadakan pada 22-26 Julai 2009. Kejohanan ini disertai oleh 147 pemanah dari seluruh Negara dan diserikan oleh seorang pemanah remaja wanita dari Iraq.

Pingat emas disumbangkan dalam acara pusingan Olimpik individu, dimana Mon Redee Sut Txi dan Saritha Chang Nom berjaya memenangi emas dalam acara recurve dan compound. Fatin Nurfateha Mat Salleh menang emas bagi acara jarak 50 meter dan dua emas lagi disumbangkan oleh pasukan compound wanita yang disertai oleh Norhayati Al-Madihah Hashim, Fatin Nurfateha Mat Salleh dan Saritha Chang Nom.

Pingat-pingat lain dimenangi adalah pingat perak dalam acara recurve wanita berpasukan, acara jarak compound wanita 60 meter dan 30 meter oleh Saritha dan pingat gangsa dalam acara compound wanita pusingan olimpik individu, acara jarak 70m oleh Fatin dan acara jarak recurve 70 meter dan 50 meter oleh Mon Redee.

Menurut Jurulatih recurve UiTM, Mon Redee, beliau kagum dengan peningkatan pemanah-pemanah recurve dimana pemanah beliau telah memecahkan rekod peribadi dan yang paling membanggakan pasukan recurve wanita UiTM pertama kali layak ke pusingan akhir bagi acara pusingan olimpik di kejohanan terbuka. Tambah beliau, masih banyak ruang untuk diperbaiki terutama dari segi teknik, latihan mental dan pemanah perlu berani ketika beraksi di pusingan olimpik.

Manakala Jurulatih compound UiTM, Mohamad Azmi Nias Ahmad, tidak menyangka yang semangat pemanah UiTM begitu tinggi hingga berjaya mencatatkan markah yang tinggi ketika pusingan olimpik berpasukan wanita. Pasukan compound wanita mencatatkan markah 225-213 ketika mengalahkan ATM B di peringkat separuh akhir dan 220-212 ketika perlawanan akhir menentang ATM A. Apabila ditanya tindakan beliau merehatkan pemenang pingat emas di Asia Gran Prix yang lalu, Nurhidayah Abdul Latip, beliau berkata, “Dayah perlu direhatkan bagi menghadapi kejohanan besar di Sirkit Kebangsaan 2 yang bakal berlangsung di Melaka pada 12-16 Ogos kelak”. Tambah beliau lagi arkitek disebalik kejayaan UiTM adalah seluruh warga UiTM, Majlis Sukan Pahang dan Majlis Sukan Negara yang banyak membantu kami.

Tuesday, August 25, 2009

SUCCESS di SUKSES

17-19 Julai 2009, UIA Gombak. Pemanah Kelab terus mewarnai memanah tanahair apabila Mohd Fakruddin Roslan memenangi 5 emas dalam semua acara yang dipertandingkan dalam kategori Compound Lelaki. Selain beliau Mohd Fikri dan Nur Atiqah juga telah menyumbangkan 2 gangsa. Syabas dan teruskan kecemerlangan. Semoga Allah terus berikan kekuatan kepada kami untuk berlatih. Sesungguhnya kemenangan itu datang darinya.

ASIAN GRAND PRIX – Compound Wanita bertaraf DUNIA

6-12 Julai 2009, Kuala Lumpur, Nurhidayah dan Fatin Nurfatehah membuat kejutan di AGP apabila menyumbangkan 3 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa.

Nurhidayah Binti Abdul Latip telah menyumbangkan 1 emas dalam acara 70m manakala Fatin Nurfatehah Binti Mat Salleh menyumbangkan 2 emas dalam acara 30M dan Pusingan Olimpik Individu Wanita.

Semoga pasukan UiTM terus menyumbangkan bakti kepada negara tercinta. Syukur pada Allah yang memberi kekuatan kepada kami.

JOHAN KESELURUHAN KONA 2009 MILIK UiTM



Subhanallah, syukur pada Allah, UiTM dikurniakan nikmat kemenangan di KONA 2009 dengan 6 emas, 5 perak dan 7 gangsa. Pingat emas disumbangkan oleh Mohd Azimin ( OR Wooden), Mohd Hanapiah (Wooden 30m), Berpasukan Wooden, Mon Redee (50m Recurve Wanita), Mon Redee (OR Recurve Wanita dan Berpasukan Recurve Wanita.

KONA 2009 – We Did it


KONA 2009 – We Did it

3-5 Julai 2009, Tanah Merah, Kelantan. Syukur pada Allah, UiTM Pahang dan MSN Kelantan telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila dengan jayanya menganjurkan Kelantan Open All-Night Archery yang turut mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records.

Kami ingin merakamkan terima kasih kepada TP HEP kami, Encik Mokhtar, kerana sudi merasmikan Kejohanan ini. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya pihak Pusat Pelapis Negeri Kelantan yang diketuai oleh Haji Kamarul Hisyam Bin Kamaruzzaman yang bertungkus lumus menjadi tonggak kejohanan ini.

Friday, August 7, 2009

OVERALL CHAMP.. 2 in the row SRP 2009

Salam,

Syukur pada Allah, Pemanah UiTM telah membantu. Daerah Maran menduduki tempat ke 3 keseluruhan bagi semua acara sukan dan Johon keseluruhan bagi acara memanah dengan menyumbangkan 6 emas 5 perak dan 1 gangsa.

Walaubagaimanapun. Keseluruhan pingat yang dikutip oleh pemanah kita yang mewakili Daerah Maran dan Daerah-daerah lain adalah 6 emas 10 perak dan 6 gangsa.

Terima kasih pada semua staf UiTM yang membantu kami untuk menyediakan padang, meminjam payung, aspek keselamatan, papan score, kenderaan dll.

Terima kasih terutamanya pada pengarah kampus yang kerap kali ke padang memanah utk membakar semangat pemanah-pemanah dari UiTM

Juga terima kasih kepada Prof Dr Jamaluddin Kasim kerana meluangkan masa beliau untuk menyampaikan pingat kepada pemenang.

Akhir kata, semoga Nurhidayah Abd Latip berjaya mengharumkan nama negara di Grand Prix Asia. Beliau adalah pemanah wanita compound pertama UiTM yang terpilih utk mewakili team senior (elit) negara. Beliau telah memecahkan rekod kebangsaan 50m milik beliau di sukan remaja Pahang.