Sunday, March 29, 2009

Labuan Indoor

Salam dari Labuan.

Alhamdullilah, Syukur pada Allah. Pasukan Memanah Compound UiTM Pahang menang 3 emas, 1 perak dan 1 gangsa di Kejohanan Memanah Indoor Kastam Diraja Malaysia. Kejohanan ini berlangsung bermula dari dari 14-16 Mac 2009

Keputusannya adalah seperti berikut :-

Emas Berpasukan Lelaki - Muhammad Khlaid Hashim (Arau), Wan Azwan Wan Muhammad (AS120), Sharir Aizat Abdul Ghani (AC110)

Emas Berpasukan Wanita - Nurhidayah Abdul Latip (AS110), Norhayati Al-Madinah Hashim (AS120) dan Nurdila Ismail (AS120)

Emas Individu pusingan Olimpik - Nurhidayah Abd Latip (AS110)

Perak Berpasukan wanita bagi pemanah yg bermain utk ATM - Zulaikha Md Nor (AS120)

Gangsa Individu pusingan Olimpik - Muhammad Khairul Azam Bin Hashim (Pelapis Negeri Kelantan yang bermain untuk UiTM)

Kejayaan ini menjadi lebih manis apabila pasukan memanah wanita kita berjaya mengalahkan Siti Aisyah dan Hasbudiana. Mereka adalah pemanah negara yang memenangi emas dan perak di Kejohanan Memanah Sirkit ASIA di Bangkok awal bulan ini.

Kejayaan yang mengakibat saya menitik air mata ialah apabila pasukan memanah lelaki yang dalam pusignan kelayakan individu hanya menduduki tempat 6, 15 dan 19, begitu garang menundukkan Sabah 220-215, ATM 219-217 dan berjaya ke Final. Bertemu Kastam Labuan, mereka menang dalam perlawanan penuh dramatik dengan markah 209-208.

Pasukan wanita pula mudah ke Final dengan mengalahkan Sabah 204-180. Di Final mereka menang 206-204 mengalahkan ATM.

Secara keseluruhan saya amat kagum melihat kesungguhan pelajar-pelajar kita yang mempunyai semangat juang tinggi. Dari segi fizikal mereka kecil jika dibandingkan dengan ATM, Kastam, MSN dan pelapis tetapi hati dan cita-cita mereka sangat besar.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 28, 2009

Menyingkap Tahun 2008

Tahun 2008 sememangnya menjadi tahun yang terbaik bagi kelab memanah UiTM Pahang yang telah ditubuhkan pada 13 Julai 2006. Kelab ini telah memenangi hampir 200 pingat sepanjang 2 tahun penglibatan mereka. Titik peluh ahli-ahli kelab ini telah mendapat perhatian pihak pengurusan UiTM dan kelab ini telah dianugerahkan 4 anugerah di Malam Anugerah Persatuan/Kelab Terbaik UiTM.

Kelab Memanah telah menerima anugerah Persatuan/Kelab Terbaik kategori sukan dan rekreasi, anugerah program terbaik, anugerah penasihat program terbaik dan anugerah Persatuan/Kelab terbaik 2008 yang telah disampaikan oleh Dato Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah.

Menyingkap penglibatan Kelab ini pada tahun 2008, bagi penglibatan antarabangsa, dua pemanah kelab iaitu Norhayati Al-Madihah Hashim dan Nurhidayah Abd Latib telah mengharumkan nama negara di Kejohanan Sukan Universiti ASEAN dengan membantu negara memenangi 1 pingat emas dan 1 perak daripada 5 emas dan 5 perak yang dimenangi oleh kem memanah negara. Di kejohanan memanah Universiti Dunia, Nurhidayah Abd Latib dan Muhd Khalid Hashim telah terpilih mewakili Malaysia. Di Kejohanan ini, Nurhidayah telah tersenarai sebagai pemanah 239 terbaik dunia. Selain daripada itu kelab ini juga telah menyumbangkan 2 emas dan 2 gangsa di Kejohanan Antarabangsa Danga Bay.

Di peringkat kebangsaan dan Universiti, kelab ini telah menyumbangkan 1 emas dan 2 perak bagi negeri Pahang yang telah ketandusan pingat selama 10 tahun di SUKMA 2008 bertempat di Terengganu. Dikejohanan MASUM 2008 bertempat di Universiti Malaysia Sabah, kelab ini telah membantu UiTM untuk memenangi 4 emas, 9 perak dan 7 gangsa.

Di kejohanan Indoor Sarawak, kelab ini telah membuat kejutan dengan hanya menghantar pemanah KO untuk kategori basic bow. Pecaturan ini membuahkan hasil apabila Azroi a/l Tar berjaya membawa pulang 1 emas. Beliau berketurunan asli semabri adalah pemanah berpotensi untuk menjadi pemanah yang baik. Selain daripada itu, kelab ini telah menyertai kejohanan-kejohanan seperti UUM Open, UPM Open, Jemputan PLNK dan kejohanan memanah kebangsaan.

Sesuatu yang menarik mengenai kelab ini ialah pemanah-pemanahnya yang berjaya, 100% adalah pemanah yang dilatih bermula dari bahagian 1 dan juga pemanah KO. Menurut jurulatihnya, En Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad yang juga seorang Pesyarah Perakaunan di UiTM Pahang, beliau mempunyai cara tersendiri untuk melatih pemanah-pemanah diperingkat universiti. Moto beliau adalah "Focus, Passionate, Lillahitaala". Tambah beliau lagi sukan adalah batu loncatan bagi seseorang pelajar itu untuk pergi jauh di bidang akademik dan bukan akademik. Sebagai contoh, 4 pemanah UiTM telah menerima biasiswa sukan KPT yang bernilai lebih dari RM6,000 satu semester.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 22, 2009

New 90m Record

Congrat to Sharir Aizat Abd Ghani

90m - 305


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.