Thursday, December 22, 2011

Chu Sian Dan Suryani Taibi Dinobatkan Penerima Anugerah Olympian 2011

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Pemanah negara Cheng Chu Sian dan penembak kebangsaan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan penerima Anugerah Olympian 2011 masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita pada majlis Anugerah Tahunan Olimpian ke-19 di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini Jumaat malam.


Kedua-dua mereka dipilih sebagai pemenang oleh Lembaga Eksekutif MOM selepas memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia bulan lalu.

MOM memutuskan bahawa pemenang anugerah itu berdasarkan pencapaian cemerlang atlet pada sukan dwitahunan itu.

Chu Sian, yang berasal dari Kuala Lumpur, memenangi pingat emas bagi acara recurve lelaki individu dan berpasukan selepas berganding dengan Mohamad Khairul Anuar dan Haziq Kamaruddin, manakala penembak Nur Suryani dari Perak menyumbang dua pingat pingat emas dalam acara individu 10m Air Rifle dan 50m Rifle 3 Posisi.

Dengan kemenangan itu, kedua-dua atlet membawa pulang wang tunai RM10,000 dan pingat yang ditaja oleh Coca-Cola.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anugerah Olympian Tahunan adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh MOM sejak 1993 untuk mengiktiraf pencapaian atlet sukan lelaki dan wanita negara.

Ia adalah anugerah berprestij MOM yang dinobatkan kepada atlet sukan negara yang mempamerkan kecemerlangan dalam pelbagai disiplin sukan di bawah naungan MOM.

Bagi Chu Sian yang telah layak ke Sukan Olimpik London 2012, anugerah itu akan menjadi pembakar semangat untuk beliau meneruskan kecemerlangan pada temasya terbesar dunia itu nanti.

"Kemenangan yang diraih ini memang tidak disangka kerana dua lagi pesaing aitu Adrian Ang (boling) dan Bryan Nickson Lomas (terjun) juga menunjukkan prestasi yang hebat pada tahun ini," kata pemanah berusia 25 tahun itu.

Bagi Nur Suryani beliau tidak menyangka akan memenangi anugerah tersebut buat pertama kali memandangkan saingan sengit daripada dua lagi pencabarnya iaitu pelumba basikal trek wanita kebangsaan Fatehah Mustapha dan pasangan renang berirama Katrina Ann Abdul Hadi dan Shareen Png Hui Chuen.

"Saya tidak menyangka akan memenangi anugerah ini dan ini mungkin rezeki terbaik saya pada tahun ini," kata penembak berusia 29 tahun itu.

Sementara itu lapan bekas atlet kebangsaan dan pegawai sukan disenaraikan dalam Hall of Fame MOM kerana sumbangan mereka terhadap sukan negara.

Mereka adalah bekas presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Datuk Khalid Yunus, presiden Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia Prof Datuk Dr W.Y Chin, presiden Persekutuan Wushu Malaysia Datuk Seri Kee Yong Wee dan bekas timbalan bendahari MOM S.Jahendran serta bekas presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Datuk Thomas Lee Mun Lung.

Penerima lain adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pengadil hoki S.Kathiravele, pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) Marina Chin dan bekas atlet kebangsaan dan pemain kriket, S. Karu.

-- BERNAMA

TAHNIAH CHU SIAN DAN NUR SURYANI !!!

Wednesday, December 21, 2011

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN KE-3 DAN TERBUKA SABAH KE-5 2011

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Pasukan Memanah UiTM baru pulang dari menyertai kejohanan peringkat kebangsaan bertempat di Lapang Sasar Memanah Likas di Kota Kinabalu, Sabah yang telah berlangsung dari 14 hingga 18 Disember 2011..

Pasukan Memanah UiTM dibarisi oleh muka-muka lama dan baru..

Alhamdulillah, telah berjaya membawa pulang 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa hasil bidikan pasukan compound wanita..

Kebanyakan pemanah-pemanah semua berpuas hati dengan pencapaian masing-masing..

Terima kasih yg tak terhingga diucapkan kepada pihak UiTM Cawangan Sabah terutama Rektor kampus. Terima kasih juga diucapkan Ketua Unit Sukan, En. Wan Roslin serta stafnya yang menyokong penuh perjuangan kami..Tidak dilupakan kepada pemandu kami yang sangat 'sporting' dan tidak pernah penat melayan hasrat kami untuk menerokai makanan-makanan yang enak-enak di KK, En Awang Azaman..

Sekian, sehingga ketemu lagi di tahun hadapan bah..!!!

Aramaiti..Macam di KK..!!







Dan lagu kegemaran semua:


Wednesday, November 9, 2011

[PXT from +61410158444]

PXT Message: Salam, baru mendapat berita sedih dari Gejetto Gejet yang ayah kepada Muhd Nur Ashraf, iaitu En Harun telah kembali ke rahmatullah. Mari sama2 ahli Kelab memanah UiTM sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga Acap tenang menghadapi dugaan ini.


Hi, you have been sent a PXT message. Did you know you could send a one time FREE reply back ??

Click here to REPLY
http://pxt.vodafone.com.au/live/reply?key=acab985aa016ebaa5d620484749be446&mode=reply
(Please note you can reply only once, and have 14 days to reply before this message expires).

For more info, see www.vodafone.com.au/pxtworld.

Tuesday, October 4, 2011

I am a champion (The Greatest Speech Ever)

I am a champion (The Greatest Speech Ever)

 

Today gentlemen, I am honored to coach you, more honored to take you onto the field of battle

There is another honor to bestowed upon you,

That is the answer that comes with that question, WHO AM I?

I AM A CHAMPION

That's right and I need you to remember that all throughout this game

I will conquer what has not been conquered

Defeat will not be in my creed

I will believe what others have doubted

I will always endeavor the prestige, honor and respect of my team

I have trained my mind and my body will follow

I will acknowledge the fact that my opponents do not expect me to win, but I will never surrender

Weakness will not be in my heart

I will look to my comrades, to those who have brought me into this world and those who have trained me and I will draw strength from them.

I will gladly go out into the field of battle and I will move, groove, and do everything that I can do and I will reach my field of battle by any means at my disposal

AND when I get there I will arrive violently

I will rip the heart from my enemy and leave ot bleeding on the ground, because he cannot stop me

To my side I have comrades

Comrades that have been with me through thick and thin

Through sacrifice, through blood, through sweat, through tears

Never will I let them fall; never will I let them DOWN and I will never leave an enemy behind because our opponent does not know my heart

No one will deny me, no one will defy me

And no one will tell me who and what I am and can be

BELIEF WILL CHANGE MY WORLD

It has moved continents and countries and put man on the moon and it will carry me through this battle

 

DEFEAT, RETREAT those are not in my words

I do not understand those definitions

I do not understand when things go wrong

I do not understand mistakes BUT I do understand this

I understand victory and I understand never surrendering

NO MATTER HOW BAD THINGS GO

My heart and my mind will carry my body when my limbs are too weak

Today will be that day, not tomorrow, not next week, but right now, right here, in your house and in your home

HISTORY WILL REMEMBER ME

I will not have to worry about him being kind

I will define myself

I will write my own praises

And no one will tell me what I can and cannot be

I will never go home, not without giving everything I have got

Coz WHO AM I

I AM A CHAMPION

Monday, September 19, 2011

Perginya Abg Bad (Badrol Isham Mohd Alias)

Menangis hati ini bila teringatkan arwah yang merupakan rakan seperjuang saya untuk menaikkan memanah.

Kami sama-sama menyelesaikan konflik, menangis gembira, menangis sedih dan berpelukkan bila mengecapi kemenangan dan kekalahan.

Beliau juga saya latih sehingga membawa sebutir perak bermakna (pingat kejohanan memanah terbuka pertama). Pingat kepunyaan saya ada di galeri dibawah jagaan arwah. Kejayaan ini disambut dengan titisan air mata kerana bukan senang mengalahkan ATM A diseparuh akhir.

Passion beliau kepada memanah tidak berbelah bagi apabila sentiasa datang jika pertolongan diperlukan. Kami berdua pernah mengangkat target berdua untuk satu kejohanan jemputan.

Itulah Badrol Isham Mohd Alias. Rakan yg telah pergi menghadap Allah SWT.

Angin ribut yang amat sejuk diluar office saya di ECU Joondalup tidak terasa sejuk kerana hati ini remuk mengenangkan bila saya pulang nanti tiada abg Bad bakal menyambut. Hanya sedekah fatihah dan doa sahaja yg dpt kita lakukan kini.........

Sunday, June 26, 2011

KARNIVAL SUKAN MASUM FASA 2 2011, UPM..

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Cabaran Memanah akan bermula esok seawal jam 8.00 pagi..

Mempertaruhkan 8 pingat emas..

Acara dimulakan dengan jarak 90 meter Lelaki Recurve dan 70 meter Wanita Compound pada sesi pagi..

Sesi petang bermula jam 2.00 petang dengan acara bagi jarak 90 meter Lelaki Compound dan 70 meter Wanita Recurve..

Walaupun saingan sengit bakal dihadapi dari universiti bertanding terutama tuan rumah, pasukan memanah UiTM telah bersedia menghadapi cabaran dan Insyallah akan cuba sedaya upaya utk mengekalkan Juara Keseluruhan..



Tuesday, June 7, 2011

KEPUTUSAN KEJOHANAN MEMANAH AGP DHAKA, BANGLADESH 2011


Pada 25-31 Mei 2011, seorang atlet memanah UiTM Pahang iaitu Adibah Bt Tajudin (SR113,part 3) anak kelahiran Lipis, Pahang telah berjaya melayakkan diri di dalam kelompok pasukan Negara untuk bertanding dalam Kejohanan 3rd Asian Grand Prix di Dhaka, Bangladesh. Ini merupakan kali pertama
beliau diberi paluang untuk menyertai pasukan Malaysia.

Sukacita dimaklumkan beliau telah berjaya mara ke pusingan akhir dan memenangi PINGAT PERAK dalam acara Olympic Round Individu (pusingan kalah mati) bersama atlet dari Negara INDIA. Dengan kejayaan ini akan membantu beliau dalam permohonan biasiswa atlet IPT di bawah tajaan KPT (Kem Pengajian Tinggi).


Berikut merupakan artikel yang terdapat di dalam blog Pelapis Majlis sukan Negara:-

Di dalam acara Recurve Wanita Akhir yang berlangsung petang tadi pemanah muda negara iaitu Adibah bt Tajuddin telah tewas 1 mata di tangan kepada pemanah berpengalaman dari India (Birulyn) dengan kutipan mata 4-6. Pada Set penentuan terakhir Adibah melakukan panahan dengan 26 mata manakala Birulyn dengan 27 mata. Adibah yang berlatih di pusat latihan negeri UITM Jengka Pahang telah memberi saingan yang sengit kepada pemanah India sebelum tewas untuk memungut pingat perak.

Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat para atlet UiTM lain untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan dari semasa ke semasa.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sokongan kepada pasukan memanah UiTM.

Mon Redee Sut Txi

Wednesday, June 1, 2011

3rd Asian Archery Grand Prix & Asian Youth Archery Championship 2011 Dhaka, Bangladesh


Cabaran negara di Kejohanan 3rd Asian Archery Grand Prix & Asian Youth Archery Championship 2011 Dhaka, Bangladesh berkahir hari ini dengan pungutan 1 Perak (recurve wanita) dalam kategori terbuka dan 1 Emas (recurve wanita) 2 Perak (mix recurve, berpasukan wanita) dan 1 Gangsa (berpasukan lelaki) dalam kategori Remaja. Ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan kerana pasukan negara ini diwakili oleh campuran pemanah muda dari Pelapis Kebangsaan, Serantau dan Negeri.


Kejohanan ini telah di adakan di Stadium Angkatan Tentera Bangladesh melibatkan 14 negara dari rantau Asia yang menampilkan 160 peserta bagi kategori terbuka dan remaja.

Di dalam acara Recurve Wanita Akhir yang berlangsung petang tadi pemanah muda negara iaitu Adibah bt Tajuddin telah tewas di tangan kepada pemanah berpengalaman dari India (Birulyn) dengan kutipan mata 4-6. Adibah yang berlatih di bawah Jurulatih Mon Re Dee di pusat latihan negeri UITM Jengka Pahang telah memberi saingan yang sengit kepada pemanah India sebelum tewas untuk memungut pingat perak.

Kem pasukan negara begitu gembira apabila Farah Amalina berjaya merangkul emas bagi acara Recurve Wanita Junior mengalahkan pemanah India Boro .H dengan mata 6-0 sebentar tadi. Farah Amalina yang berlatih di Akademi Serantau Zon Selatan, Kompleks Dato' Hj. Hasan Yunus di bawah Cik. Lim Geok Poong telah berjaya menewaskan pemanah yang lebih berpengalaman dari India.

Atiq Bazil/Farah Amalina kalah kepada pemanah India bagi acara Recurve Mix Junior Team dengan mata 114/113 berjaya merangkul satu lagi pingat perak kepada Malaysia.

Tahniah kepada semua pemenang...dan selamat pulang pasukan negara



Sent from my iPad

Sunday, February 27, 2011

Hajat Tercapai, lets move on....

Salam

"The tendency of human mind is that it is constantly rushing into past worries and future anxieties. This seems to constantly dissipate our energy"

That is what bothering me right now. Do we have enough passions, strengths, determinations, commitments, and drives to maintain this year (2010) records and achievements? One part of me say YES (65%) and the rest say NO.

My Archers and student, this is the classic case of what I explained earlier in the first paragraph. To much worries might consume our energy and confidence. Therefore, the smartest strategy is to life in the present. Work hard and smart as ever and always pray to Allah for the best outcome.

Don't care to much of what had happened and what might happened.....

To my archers, congratulation on your splendid performances and achievements so far. Thanks to Allah and always thankful to coaches, UiTM Staffs and anybody who given their helpful hands to assist us to be what we are now.

Special thanks to our Director, YH Prof. Madya Dato' Dr Haji Hilmi Bin Ab Rahman for you continuous support.

Hopefully, years to come, would bring glory and joy to Kelab Memanah UiTM Pahang.

Azminias
Focus, Passionate, Lillahitaala

Friday, February 25, 2011

Anugerah Sukan UiTM

Setelah sekian lama tidak berblog, saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk menjadi panduan dan ingatan kepada saya dan semua pelajar dan pemanah UiTM.

Perjalanan kita yang telah kita tempuhi selama ini tidak bermakna jika ianya tidak diiringi dengan rasa bersyukur dan mengagungkan yang maha mencipta dan yang maha memberi ampun iaitu Allah tuhan sekian alam.

Segala nikmatnya yang dia telah berikan dan bakal berikan merupakan nikmat yang tidak terhingga kepada kita. Ianya merupakan nikmat dan bala sekaligus. Kenapa? Ianya menjadi nikmat jika disyukuri dan dihargai. Ianya juga menjadi bala jika ianya dimegahi dan meninggi diri.

Seharusnya segala nikmat yang diterima menjadi pembakar semangat untuk kita terus maju sehingga kita berjaya menakluk dunia.

Untuk pemanahku Tahniahku ucapkan atas penerimaan anugerah, terutama pada ...... Upsss biarlah rahsia untuk beberapa jam ni.

signoff untuk ke Dewan Agung UiTM