Tuesday, November 24, 2020

AGM KELAB MEMANAH SESSI 2020/2021

AJK Tertinggi Kelab Memanah Sesi 2020-2021

 

👩🏻🎓Presiden - Nurin Aqilah Binti Mazlan

👨🎓Timbalan Presiden - Muhammad Zikril Haqiem Bin Ibrahim

 

️Setiausaha - Safiyyah Arina Nadrah Binti Azmir

️Timbalan Setiausaha - Nabila Atasya Binti Satria

 

💰Bendahari  - Umi Najihah Binti Naser

💰Timbalan Bendahari  - Wan Noorazielah Binti Wan Hamid

 

AJK

 1. Muhammad Farhan Hakim Bin A.Rhyme

 2. Nurul Syafiqkha Binti Abdul Manaf

 3. Muhammad Kamar Afiq Bin Mohd Kamaruzaman

 4. Muhammad Amirul Adry Bin Mohd Zuladnan




Sunday, September 27, 2020

Tahniah Pemanah UiTM Pahang

26 September 2020, Sungai Talam, Kuantan. Sukacita dimaklumkan, 4 pemanah UiTM Pahang telah terpilih untuk mewakili negeri Pahang ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang bakal diadakan pada bulan Mac 2021 bertempat di Negeri Johor.

Mereka yang terpilih adalah: 

1. Muhammad Farhan Hakim Bin A.Rhyme (SR113)
2. Arif Aiman Azian (SR113)
3. Nurul Syafiqkha Binti Abdul Manaf (EC110)
4. Nurfatin Nadhirah Riznan (AS120)

Manakala pemanah ini diletakkan dalam posisi simpanan:

1. Nurin Izzdhinie Binti Nasrudin (AC110)

Dikesempatan ini saya ingin ucapankan jutaan terima kasih kepada pasukan Jurulatih UiTM yang diketuai oleh Mukhriz Mohamed yang dibantu oleh Muhammad Aman Bin Mohammad Zahir dan Muhammad Amir Aiman Bin Mohd Nazam atas komitmen melatih pemanah-pemanah ini terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD). 

Tidak dilupai, kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian AC110, AS120, EC110 dan SR113 kerana membantu pemanah-pemanah ini dari segi sokongan dan bimbingan sepanjang 2 tahun mereka bergelar pelatih SUKMA yang sekarang ini bergelar Atlet SUKMA negeri Pahang. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada, Unit Sukan, HEP dan seluruh warga UiTM Cawangan Pahang yang diketuai oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Mohd Ilham bin Adenan Rektor UiTM Cawangan Pahang.

Empat Atlet SUKMA negeri Pahang yang terpilih ini akan menjalani program latihan bersistematik menjelang Temasya SUKMA yang dijangka akan diadakan pada 27-31 Mac 2021 bertempat di Arena Emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru.

Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad
Pengurus SUKMA Negeri Pahang