Wednesday, April 1, 2009

Kejohanan KO Memanah

Bandar Jengka, 29 Mac 2009. Seramai 53 pemanah UiTM Pahang mengambil serta dalam Kejohanan KO Memanah edisi ke 4. 8 pemanah menyertai kategori Compound, 10 Recurve, 21 Basic Bow Lelaki dan 14 Basic Bow Wanita.

Jarak yang dipertandingkan bagi kategori compound adalah 70m, kategori recurve 50m dan kategori Basic Bow 15m. Menurut Jurulatih UiTM, Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad, beliau berpuas hati dengan kualiti yang ditunjukkan oleh pemanah compound dan recurve lelaki, tetapi sedikit cemas dengan pemanah recurve wanita. Beliau yakin pemanah recurve wanita boleh cemerlang jika langkah-langkah drastik dapat dilakukan dengan segera sebelum Kejohanan Sirkit Kebangsaan pertama di UUM yang akan diadakan pada 8-12 April 2009 ini.

Dalam acara basic bow lelaki, Yus Mohd Amirrul Asraf Bin Sanusi telah muncul juara setelah menewaskan Mohd Hanafiah Bin Senin 109-101. Manakala Muhammad Hasan Kaisar Bin Aswan muncul sebagai pemenang pingat gangsa. Basic bow wanita pula menyaksikan Nor Aisyah Binti Mohamed Zaini mengalahkan Nur Adilah Binti Osman dengan mata 94-90. Pingat Gangsa pula dimenangi oleh Siti Khadijah Binti Md Khalid.

Kumpulan Shruk yang dianggotai oleh Mohd Faridzudin Bin Razali, Hafiz Hazwan Bin Mohamad Norizan dan Mohd Azmi Bin Ismail, telah diistiharkan sebagai pasukan terbaik KO Memanah bagi tahun 2009. Terdapat 10 pasukan yang bertanding yang terdiri daripada pelajar-pelajar KO Memanah dan pelajar bahagian 1 yang menjadi anggota Kelab Memanah UiTM Pahang. Kumpulan terbaik menerima pingat dan piala pusingan kejohanan.

Acara recurve didomonasi oleh pemanah sukma negeri Pahang iaitu Mohamad Rizaini Bin Pandak Mohd yang mengalahkan Muhammad Ridzwan Bin Jaluddin, 99-88.. Pingat Gangsa pula dimenangi oleh Azroi a/l Tar setelah mengalahkan Badrol Isham Bin Mohd Alias 78-77.

Bagi kategori compound, pemanah negara bagi kejohanan Sukan University ASEAN, Norhayati Al-Madihah Binti Hashim muncul juara setelah mengalahkan Sharir Aizat Bin Abdul Ghani 111-109. Manakala gangsa dimenangi oleh Wan Azwan Bin Wan Mohd setelah mengalahkan jurulatihnya, 109-106. Seorang lagi pemanah negara bagi kejohanan Sukan University ASEAN, Nurhidayah Binti Abdul Latip tewas mengejut di peringkat separuh akhir kepada jurulatihnya 109-106.

Pingat emas acara mix double compound pula dimenangi oleh pasangan Wan Azwan Bin Wan Mohamad dan Norhayati Al-Madihah Binti Hashim yang mengalahkan pasangan Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad dan Nurhidayah Binti Abdul Latip, 17-16. Gangsa dimenangi oleh pasangan Mohd Azhar Afendi Bin Zahari dan Zulaikha Binti Mohd Nor yang menundukkan pasangan Sharir Aizat Bin Abdul Ghani dan Ili Shazana Binti Mohd Yusoff, 11-9.

Majlis penutup Kejohanan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus, Prof Madya Dr Haji Himi Bin Ab. Rahman. Dalam ucapan penutup, beliau mengingatkan pemanah UiTM Pahang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi menaikkan nama UiTM dan negeri Pahang sesuai dengan pengiktirafan UiTM Pahang sebagai pusat kecemerlangan sukan memanah bagi seluruh sistem UiTM.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: