PROUUM ONLINE, 20 Mei: Pasukan memanah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencuri tumpuan apabila berjaya meraih sebelas pingat dalam acara tersebut yang berakhir tengah hari tadi.
Bagi kategori Individual Men Recurve, Ahmad Farid Ahmad Fuad dari UiTM menang bergaya dengan menundukkan Rezza Arif Mustapa Kamal dari Universiti Malaya (UM) dengan pungutan mata 96 berbalas 83. Manakala pingat perak pula disandang oleh Dhia'uddin Mohamad Saad yang juga dari UM.
Mohd Kaharuddin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bijak mengatur strategi dalam kategori Individual Men Compound dengan mengalahkan Shahrir Aizat Abdul Ghani dari UiTM dengan kutipan mata 111-107. Seorang lagi pemanah UiTM, Mohd Azhar Afendi Zahari terpaksa berpuas hati untuk tempat ketiga.
Sementara itu, dua pemanah UPM iaitu Irza Hanie Abu Samah serta Nornasreeni Abdul Manap memastikan pingat emas dan perak dibawa pulang oleh kontinjen mereka apabila bersaing dalam peringkat akhir bagi kategori Individual Women Recurve.
Walaupun menang tipis dengan mata 94-93, kedua-kedua pemanah menunjukkan persaingan sengit serta permainan yang bertenaga. Pingat perak diraih pemanah UiTM iaitu Nurdina Najwa Johari.
Kategori Individual Women Compound pula menyaksikan peserta dari UiTM berjaya membolot pingat emas dan perak menerusi Nurhidayah Abdul Latip dan Norhayati Almadihah Hashim dengan mata 122-120.
Pemanah pasukan tuan rumah iaitu Nurul Ain Kamaruddin meraih perak dengan kutipan mata 104. Bagi kategori Compound Mix, gandingan pemanah UiTM di tempat pertama, UUM kedua manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat ketiga.
Acara tersebut diadakan di Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan Kampus Sintok bersempena dengan Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula 15 hingga 28 Mei ini.

No comments:
Post a Comment