Sunday, April 11, 2010

Kejohanan KO Memanah yang penuh Drama








Kejohanan KO memanah yang diadakan pada 11 April 2010 adalah yang paling menarik sejak ianya mula dipertandingkan sejak Julai 2006. Seramai 64 pemanah dari UiTM Pahang dan 4 pemanah dari negeri Kelantan menyertai kejohanan ini yang mempertandingkan 4 kategori iaitu Compound, Recurve, KO Lelaki dan KO Wanita.

Dalam acara Compund, Sharir Aizat Abdul Ghani yang juga pemanah SUKMA Pahang menang pingat emas setelah mengalahkan Wan Azwan Wan Mohamad (Kelantan) 110-109 dan Gangsa Kurniadi Muhtar (Kelantan) setelah mengalahkan Ahmad Firdaus Yahya 104-102. Untuk berpasukan pula, pasukan Kelantan mengalahkan pasukan Pahang untuk muncul johan berpasukan compound 208-200

Acara Recurve pula menyaksikan penguasaan penuh pemanah recurve wanita SUKMA Pahang dengan pingat emas dimenangi oleh Nurul Atiqah Amran, perak Nurul Atiqah Adawiyah Mat Rozai dan gangsa Nurul Ashyiekin Najlaa Amran. Berpasukan juga dimenangai oleh 3 pemanah mantap 187-172 ke atas pasukan Kelantan.

Bagi kategori KO lelaki, Ahmad Hafidzuddin Adul Aziz muncul juara setelah mengalahkan Mohd Nasrudin Che Ajid 110-104, manakala Aidil Mazrol Ab Manan menang gangsa setelah mengalahkan Mohd Nadzrul Adzmin Noraja 109-93

Kategori KO wanita pula menyaksikan Noradilah Musa unggul setelah mengalahkan Nurul Azila Mohd Noor 104-99, manakala Raja Nor Aliya Raja Muhammad menang acara "Bronze medal match" dengan mengalahkan Nurul Atiqah Dzulkifli 102-91.

Kumpulan 3 muncul pasukan terbaik setelah mengumpul markah tertinggi berkumpulan. Kumpulan ini disertai oleh Mohd Nadzrul Adzmin Noraja, Ahmad Hafidzuddin Abdul Aziz, Mohd Nasrudin Che Ajid, Ahmad Sabri Mamat, Wan Hafizah Wan Ngah, Norhafizah Hanim Mohd Radzi dan Mohamad Nazrulrahim Mohd Abas.

No comments: