Showing posts with label Asian Grand Prix. Show all posts
Showing posts with label Asian Grand Prix. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

TAHNIAH KONTINJEN MALAYSIA DI 1st ASIAN ARCHERY GP 2013

Assalamualalaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia..

Jutaan tahniah kepada pasukan Malaysia di 1st Asian Archery Grand Prix 2013 yang bertempat di Huamark Archery Range, Bangkok, Thailand kerana telah membawa pulang 4 pingat Emas dan  
1 pingat Gangsa..

1 Emas - Khairul Anuar Mohamad (Pusingan Kelayakan)

1 Emas - Pasukan Recurve Lelaki (Pusingan Olimpik)

1 Emas - Pasukan Compound Wanita (Pusingan Olimpik)

1 Emas - Pasukan Compound Berpasukan Campuran (Pusingan Olimpik)

1 Gangsa - Fatin Nurfatehah Mat Salleh (Pusingan Kelayakan Keseluruhan)

















Thursday, March 7, 2013

1st ASIAN GRAND PRIX 2013


Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera..

Bermula 9 hingga 15 Mac 2013, pasukan memanah elit compound UiTM akan menyertai Kejohanan Memanah Asian Grand Prix 2012 yang bertempat di Padang Memanah Huamark, Bangkok, Thailand..
Mereka akan mewakili kontinjen Malaysia..

Senarai atlet seperti berikut:

1. Ahmad Aliff Fadhulullah Alwi     - EC 110













2. Fatin Nurfatehah Mat Salleh       - SR 223















3. Norhayati Al-Madihah Hashim     - AS 233













4. Nurul Atiqah'Adawiyah Mat Rozai - ED 226













Semoga atlet-atlet ini mendapat kecemerlangan di kejohanan ini dan mengharumkan nama negara amnya dan UiTM khasnya..



" ATLET CEMERLANG , SUKAN GEMILANG , UiTM TERBILANG "

Monday, February 20, 2012

TAHNIAH ATLET MALAYSIA DI 1st ASIAN GRAND PRIX 2012, BANGKOK

Kejohanan Memanah Asian Grand Prix 2012, Bangkok telah melabuhkan tirainya..

Pasukan Malaysia telah memenangi 3 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa..

Pingat Emas telah disumbangkan oleh Cheng Chu Sian (acara Pusingan Kelayakan FITA), dan 2 Emas oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh (acara Pusingan Kelayakan FITA dan Pusingan Kelayakan FITA Berpasukan)..

1 Pingat Perak telah disumbangkan oleh trio sensasi pemanah Recurve Berpasukan (acara Pusingan Kelayakan FITA) dan sekali lagi oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh
melalui acara Individu Pusingan Olimpik..

Melalui gandingan mantap dari Berpasukan Wanita Compound dibarisi
pemanah berpengalaman Norhayati Al-Madihah, Nurhidayah Abdul Latip dan
juga Fatin Norfatehah, trio ini memenangi Pingat Perak setelah tewas kepada
pasukan tuan rumah di peringkat akhir dengan perbezaan 1 mata sahaja..

Pingat Gangsa telah disumbangkan oleh Khairul Anuar Mohamed, pemanah Elit
kategori Recurve yang juga merupakan pemanah pertama dan atlet Malaysia pertama
melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London..

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Pasukan Compound Lelaki yang dibarisi
oleh Sharir Aizat (AC 220), Ahmad Aliff (EC 110) dan Kurniadi Muhtar (AS 202)
kerana telah memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan memanah dari
negara lain..





FATIN NURFATEHAH MAT SALLEH

NORHAYATI AL-MADIHAH HASHIM

Sahabat, mentor, ayahanda: Mej. (B) Baharudin Jamil, KAT (kanan sekali)


* Keputusan penuh kejohanan : http://www.ianseo.net/Details.php?toId=249