Showing posts with label UniSZA. Show all posts
Showing posts with label UniSZA. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

KEJOHANAN MEMANAH DEWAN PKS UniSZA 2013


Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia..

Tanggal 5 hingga 9 Februari 2013, pasukan memanah UiTM telah menyertai Kejohanan Memanah Dewan PKS UniSZA 2013 bertempat di Dewan Gimnasium, UniSZA, Gong Badak, Terengganu..

Sebanyak 19 pasukan telah menyertai kejohanan ini termasuk pasukan dari Universitas Negeri Jakarta dan Tentera Laut Diraja Malaysia..

Kejohanan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bawah 15 tahun dan terbuka..Semestinya UiTM menyertai kategori terbuka sebab rata-rata atlet berusia 18 tahun ke atas dan cukup syarat untuk berkahwin..

Alhamdulillah tahun ini berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM 1000.00 (tempat ketiga keseluruhan kategori terbuka) di belakang pasukan UniSZA A dan TLDM A. Sebanyak 3 emas, 3 perak dan 6 gangsa berjaya dimenangi..

Terima kasih kepada Encik Mohamad Azmi Nias Ahmad dan Cik Mon Redee kerana membantu pasukan di atas kejayaan ini.. 

Terima kasih juga diucapkan kepada pemandu-pemandu UiTM yang memastikan keselamatan kami dari mula keluar pintu gerbang UiTM Pahang pada 4hb hinggalah tiba semula ke pintu gerbang tersebut pada 9hb..

Berikut adalah gambar-gambar kenangan ketika menyertai kejohanan..











Sekian..Wassalam..

Wednesday, February 15, 2012

KEJOHANAN MEMANAH DEWAN PUSAT SUKAN TUMPUAN UniSZA 2012

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia..

Bertarikh 2 hingga 5 Februari 2012, pasukan memanah UiTM telah menyertai Kejohanan Memanah Dewan yang dianjurkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu..

Sebanyak 9 buah IPTA lain telah meyertai kejohanan ini selain pasukan UiTM..

UiTM telah membariskan pasukan dari kampus cawangan iaitu:

1. UiTM Malaysia

2. UiTM Cawangan Pahang

3. UiTM Terengganu

4. UiTM Pulau Pinang

Daripada 24 jenis pingat yang dipertandingkan, Alhamdulillah, UiTM telah berjaya membawa pulang 3 pingat Emas, 6 pingat Perak dan 4 pingat Gangsa..

UiTM seterusnya dinobatkan sebagai Naib Johan kejohanan ini dibelakang Johan Keseluruhan UPM dengan 4 pingat Emas..

Terima kasih kepada pihak UniSZA kerana telah memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman memanah di dalam dewan..Pengalaman ini akan kami ingati sentiasa..

Tahniah pasukan UiTM !!!

Teruskan kecemerlangan sukan memanah demi UiTM !!!