Sunday, June 20, 2010

SUKMA 13 - Malacca


Sukma sudah berakhir... diucapkan tahniah kepada :-

Fatin Nur Fatehah (Sabah) - 1 Emas, 3 Perak, 1 Gangsa

Shahrir Aizat (Pahang) - 1 Emas

Kurniadi & Wan Azwan (Kelantan) - 1 Perak

Ili Shazana (Kelantan) - 1 Gangsa

SEMOGA BERJUMPA LAGI .... I LOVE u ALL

Monday, June 7, 2010

SUKMA Here we Come !



Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Monday, April 19, 2010

Kejohanan Memanah Terbuka Kuala Selangor 2010

Syukur pada Allah, kerana kejohanan memanah yang ke 50 kami sertai (sejak julai 2006) telah menyumbangkan 1 emas dan 1 perak.

Pingat emas disumbangkan oleh Fatten Jimale dalam acara berpasukan compound Wanita manakala pingat perak disumbangkan dalam acara individu recurve wanita oleh Adibah Tajuddin.

Kemenangan dan penyertaan yang ke 50 ini juga telah menjadikan (secara kebetulan) pingat yang dimenangi sejak julai 2006 adalah 444 pingat iaitu 150 emas, 137 Perak dan 135 Gangsa dan 22 tempat ke 4.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 18, 2010

Anugerah MASUM

Tahniah diucapkan kepada pasukan compound wanita UiTM kerana telah berjaya memenangi beberapa anugerah di Majlis Anugerah MASUM

Anugerah yang dimenangi adalah:-

1) Olahragawati Harapan - Fatin Nurfatehah Mat Salleh
2) Atlet Universiti Cemerlang - Norhayati Al-Madihah Hashim
3) Calon Olahragawati - Nurhidayah Abdul Latip

Semoga Kecemerlangan ini diteruskan. Sekian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 11, 2010

Kejohanan KO Memanah yang penuh Drama








Kejohanan KO memanah yang diadakan pada 11 April 2010 adalah yang paling menarik sejak ianya mula dipertandingkan sejak Julai 2006. Seramai 64 pemanah dari UiTM Pahang dan 4 pemanah dari negeri Kelantan menyertai kejohanan ini yang mempertandingkan 4 kategori iaitu Compound, Recurve, KO Lelaki dan KO Wanita.

Dalam acara Compund, Sharir Aizat Abdul Ghani yang juga pemanah SUKMA Pahang menang pingat emas setelah mengalahkan Wan Azwan Wan Mohamad (Kelantan) 110-109 dan Gangsa Kurniadi Muhtar (Kelantan) setelah mengalahkan Ahmad Firdaus Yahya 104-102. Untuk berpasukan pula, pasukan Kelantan mengalahkan pasukan Pahang untuk muncul johan berpasukan compound 208-200

Acara Recurve pula menyaksikan penguasaan penuh pemanah recurve wanita SUKMA Pahang dengan pingat emas dimenangi oleh Nurul Atiqah Amran, perak Nurul Atiqah Adawiyah Mat Rozai dan gangsa Nurul Ashyiekin Najlaa Amran. Berpasukan juga dimenangai oleh 3 pemanah mantap 187-172 ke atas pasukan Kelantan.

Bagi kategori KO lelaki, Ahmad Hafidzuddin Adul Aziz muncul juara setelah mengalahkan Mohd Nasrudin Che Ajid 110-104, manakala Aidil Mazrol Ab Manan menang gangsa setelah mengalahkan Mohd Nadzrul Adzmin Noraja 109-93

Kategori KO wanita pula menyaksikan Noradilah Musa unggul setelah mengalahkan Nurul Azila Mohd Noor 104-99, manakala Raja Nor Aliya Raja Muhammad menang acara "Bronze medal match" dengan mengalahkan Nurul Atiqah Dzulkifli 102-91.

Kumpulan 3 muncul pasukan terbaik setelah mengumpul markah tertinggi berkumpulan. Kumpulan ini disertai oleh Mohd Nadzrul Adzmin Noraja, Ahmad Hafidzuddin Abdul Aziz, Mohd Nasrudin Che Ajid, Ahmad Sabri Mamat, Wan Hafizah Wan Ngah, Norhafizah Hanim Mohd Radzi dan Mohamad Nazrulrahim Mohd Abas.

Saturday, April 10, 2010

Supplement sudah sampai !!!

Makan jangan tak makan yea he he !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.