Tuesday, May 26, 2009

Norhayati Al-Madihah Hashim Pecah 5 rekod MASUM

Syukur pada Allah yang maha mencipta dan memberi kekuatan pada kami untuk melahirkan seorang lagi pemanah 13 high iaitu Norhayati Al-Madihah Hasihim yang berjaya memenangi 2 emas dan 1 perak serta berjaya memecahkan semua rekod MASUM di Karnival Sukan MASUM yang berlangsung di UUM, Sintok Kedah pada 16-20 Mei 2009. Berikut adalah catatan markah beliau.

70m - 335
60m - 338
50m - 339
30m -348
FITA - 1360
Final OR - 112 Tie point with Dayah

Harapan jurulatih/penasihat adalah untuk beliau terus cemerlang dan 'mengganas' di Sirkit Kebangsaan bagi mendapat tempat ke Sukan SEA 2009 di Laos.

Friday, May 22, 2009

Mission Accomplished - Sukan MASUM 2009


PROUUM ONLINE, 20 Mei: Pasukan memanah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencuri tumpuan apabila berjaya meraih sebelas pingat dalam acara tersebut yang berakhir tengah hari tadi.

Bagi kategori Individual Men Recurve, Ahmad Farid Ahmad Fuad dari UiTM menang bergaya dengan menundukkan Rezza Arif Mustapa Kamal dari Universiti Malaya (UM) dengan pungutan mata 96 berbalas 83. Manakala pingat perak pula disandang oleh Dhia'uddin Mohamad Saad yang juga dari UM.

Mohd Kaharuddin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bijak mengatur strategi dalam kategori Individual Men Compound dengan mengalahkan Shahrir Aizat Abdul Ghani dari UiTM dengan kutipan mata 111-107. Seorang lagi pemanah UiTM, Mohd Azhar Afendi Zahari terpaksa berpuas hati untuk tempat ketiga.

Sementara itu, dua pemanah UPM iaitu Irza Hanie Abu Samah serta Nornasreeni Abdul Manap memastikan pingat emas dan perak dibawa pulang oleh kontinjen mereka apabila bersaing dalam peringkat akhir bagi kategori Individual Women Recurve.

Walaupun menang tipis dengan mata 94-93, kedua-kedua pemanah menunjukkan persaingan sengit serta permainan yang bertenaga. Pingat perak diraih pemanah UiTM iaitu Nurdina Najwa Johari.

Kategori Individual Women Compound pula menyaksikan peserta dari UiTM berjaya membolot pingat emas dan perak menerusi Nurhidayah Abdul Latip dan Norhayati Almadihah Hashim dengan mata 122-120.

Pemanah pasukan tuan rumah iaitu Nurul Ain Kamaruddin meraih perak dengan kutipan mata 104. Bagi kategori Compound Mix, gandingan pemanah UiTM di tempat pertama, UUM kedua manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat ketiga.

Acara tersebut diadakan di Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan Kampus Sintok bersempena dengan Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula 15 hingga 28 Mei ini.

Sunday, May 17, 2009

PERJUANG MASUM BERMULA

Masum 16-20 Mei 2008

Perjuang bermula pada pukul 8 pagi ini dengan barisan pemanah seperti berikut: -

Recurve Lelaki
1) Abd Halim (UiTM Shah Alam)
2) Ahmad Farid (UiTM Pahang)
3) Kurniadi (UiTM Pahang)
4) Azroi (UiTM Pahang)

Recurve Wanita
1) Nurdina (UiTM Shah Alam)
2) NurFazlin (UiTM Melaka)
3) Nursyuhada (UiTM Shah Alam)
4) Norhaizan (UiTM Johor)

Compound Lelaki
1) Muhammad Khlaid (UiTM Perlis)
2) Sharir Aizat (UiTM Pahang)
3) Mohd Azhar Afendi (UiTM Pahang)
4) Wan Azwan (UiTM Pahang)

Compound Wanita
1) Nurhidayah (UiTM Pahang)
2) Norhayati (UiTM Pahang)
3) Zulaikha (UiTM Pahang)
4) Nurraihan (UiTM Shah Alam)

Semoga mereka berjaya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 5, 2009

New Record 90m

Cograt to Aizat for new 90m record - 316

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 4, 2009

Carilah Hatimu

Pemanah UiTM

" Carilah Hatimu Sewaktu Membaca Al-Quran. 
Jika Kau Tidak Temui, Carilah Hatimu Ketika Mengerjakan Solat. 
Jika Kau Tidak Temui, Carilah Hatimu Ketika Kau Duduk Tafakur Mengingati Mati. 
Jika Kau Tidak Temui Juga,
Berdoalah Kepada Allah, PINTA HATI YG BARU "


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.