Sunday, September 20, 2009

Rilizan Accident


Update :

21/9/2009
1.) Rilizan pening kepala... serius jugak
2.) Kamarul dan YM Raja James Mohd Zaamzamir datang melawat
3.) Kemungkinan hanya boleh ditampal semula selepas 7 Bulan

20/9/2009
1) Lubang dikepala Rilizan hanya boleh ditampal semula 4-5 bulan
2) Ada 4 lubang atas kepala beliau
3.) Prof Dr Suhaimi datang melawat dari Sabak Bernam

Tanggal 19hb lebih kurang pukul 12 mlm, Mohd Rilizan Bahari telah terlibat dalam kemalangan. Motor yang dipandunya terbabas kerana terlanggar batu. Tersedar yang dia accident dia suruh orang yang datang nak menolong tangkap gambar sebelum menelefon polis he he he.

Ada dua versi cerita. Menurut abangnya Rilizan pengsan, menurut rilizan dia ok je... Oleh kerana terlalu parah kecederaan beliau, Hospital Pasir Mas menghantar Rilizan ke HUSM untuk tindakan lanjut....

Terbaca laporan dr yang ada atas meja, saya terbaca, at 1530 ..... fully consious. Ada kemungkinan, dia sedar penuh, mungkin sebab nak kena bedah kepala he he orang Kelantan kata kejuk. Pukul 4 beliau dibedah selama 3 jam. Pada pukul 2355, saya mendapat panggilan dari Hj Kamarul yang mengatakan beliau sedar dari operationdan dan keadaan beliau stabil.

Selepas solat hari raya, saya bergegas ke hospital dan terus ke Wad Intan 2. Hampeh betul ketika beliau bersalaman beliau nak bangun cium tangan sampai nak tercabut wayar darah yang sambung kat kepala beliau.

Ayat tak boleh belah : "BERITAHU KAWAN-KAWAN JANGAN RISAU, SIKIT JER". Sesiapa yang mengenali beliau tentu akan bangga dengan beliau yang amat sederhana dan kuat melawan sakit yang beliau tengah hadapi sekarang. Nak menitis air mata. Dia amat berterima kasih kepada yang mendoakan beliau dan memberi sumbangan pada beliau.

Di sini saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ahli kelab yang amat perihatin membantu antara satu sama lain.

Jaha RM30, Zaini RM50, Zu RM50, Azmi RM100, Dija RM100, Dayah RM50, Yati RM50, Munirah RM50, Jai RM50, Fizal RM 100, Md Nor RM10, Orix RM10, Mon Redee RM30, Halim RM100, Shoot RM30, Kurniadi RM 30, Raihan RM20, Dila RM20, Shah RM20, Ili RM10, Ejat RM10, Wani RM10, Rosdi RM50 = RM 980

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

BERHATI-HATI DIJALAN RAYA

p/s rambut rilizan dah terpaksa dipotong hu hu