Monday, August 26, 2013


 

Assalamualaium wbt, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia..

Bermula 18 hinggalah 22 Ogos 2013, pasukan memanah UiTM telah menyertai Kejohanan Memanah Karnival Sukan MASUM 2013 Fasa 1 bertempat di Lapang Sasar Memanah MSN Keramat..

Pasukan ini dianggotai oleh:

Recurve Lelaki:
1. Ahmad Syafiq Azim Haji Saeri
2. Ahmad Sufian Mohd Zaki
3. Abdul Qayyum Haji Mustafa Kamal
4. Muhammad Aiman Fikri Jamaluddin

Recurve Wanita:
1. Nurul Ashyiekin Najlaa Amran
2. Adibah Tajuddin
3. Ezryn Meza Mohamed Hamzah
4. Sarah Aminah Mahpar

Compound Lelaki:
1. Kurniadi Muhtar
2. Ahmad Aliff Fadhulullah Alwi
3. Helmee Abd Rahim
4. Muhammad Hasanuddin Abdul Majid

Compound Wanita:

1. Norhayati Al-Madihah Hashim
2. Nurul Atiqah'Adawiyah Mat Rozai
3. Fatin Nurfatehah Mat Salleh
4. Nurul Syazhera Mohd Asmi

Alhamdulillah, UiTM telah memenangi 16 pingat emas, 8 pingat perak dan 11 pingat gangsa daripada 28 pingat emas yang dipertandingkan.. Syukur juga pasukan memanah UiTM turut sama menjadi johan kategori lelaki dan wanita..

Di kejohanan ini juga, Fatin Nurfatehah telah membuat rekod kebangsaan baru untuk acara 30 meter iaitu markah penuh 360/360..

Semoga kecemerlangan pasukan memanah ini akan menjadi pembakar semangat bagi sukan-sukan lain yang dipertandingkan di Sukan MASUM 2013 Fasa 2..

Harapan agar pasukan memanah dapat menggemilangkan lagi sukan UiTM di persada sukan tanahair dan antarabangsa.. 

Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet UiTM yang telah berjuang habis-habisan di kejohanan ini demi memastikan UiTM menjadi juara..

Sekian, wassalam..



























Keputusan rasmi boleh didapati melalui laman web : http://keputusanmemanah.blogspot.com/