Monday, June 20, 2016

Tahniah pasukan recurve paralimpik

Kelab Memanah UiTM Pahang mengucapkan jutaan tahniah kepada pasukan recurve paralimpik Malaysia yang telah berjaya membawa pulang pingat perak di Kejohanan Memanah Dunia Eropah yang berlangsung di Nove Mesto, Czech Republic, pada 13-19 Jun 2016.

Sunday, April 10, 2016

Program anak angkat latihan ke 5

الحمد لله Praise to Allah 

Sessi latihan ke-5 telah berjalan dengan lancar. Dibawah penyeliaan saya yang dikendalikan oleh Pemanah UiTM Najihah, Athirah dan Asyraf.

Prestasi anak2 kita semakin meningkat.

Disini saya ingin mengingatkan utk pemanah membawa bekal air, atau paling tidak bekas air (air boleh ditadah dipejabat Memanah) untuk pemanah minum air yang secukupnya. Mohon ibubapa nasihatkan anak masing2 untuk minum air sekerap yang boleh.

Cuaca hari ini amat panas.
Hari ini Farhana dihyderasi agak teruk, tetapi terkawal.

Hari ini, 3 pemanah terbaik saya asingkan untuk memanah menggunakan arrow. Mereka adalah Aqil, Aish dan Danisha.  InShaAllah اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ... Minggu depan saya akan beri peluang kepada 3 org lain jika "form" mereka melepasi piawai yang saya kehendaki.

Memandangkan latihan hanyalah 1 kali seminggu, saya sarankan ibubapa galakkan anak2 ini utk tarik getah setiap hari di rumah.

Minggu depan latihan akan diteruskan seperti biasa. Saya akan maklumkan jika ada perubahan sebaliknya.





Oleh :
Mohamad Azmi Nias Ahmad
Jurulatih UiTM & SUKMA Pahang



Thursday, April 7, 2016

Sekitar Sirkit 1, Wira Open 2016

MSN Keramat, 24-28 Februari 2016, Sirkit Kebangsaan muncul kembali di tahun yang baru. Kejohanan ini, yang juga merupakan WIRA Open, memberi peluang kepada pemanah otai untuk mengimbau masa lalu dimana WIRA adalah salah satu Kelab Memanah pelopor di negara ini.

Kelab memanah UiTM Pahang hanya membariskan 6 orang pemanah yang mana 4 pemanah mewakili UiTM-UH, seorang mewakili Kita Juara dan seorang mewakili pasukan Kedah.

Berikut adalah kutipan pingat yang telah berjaya dimenangi:-

Emas - Norhayati Al-Madihah-mewakili Kita Juara (Compound wanita berpasukan)

Perak - Ahmad Syafiq Azim (OR Individu lelaki) dan Awanis Ezati-mewakili Kedah (Compound wanita berpasukan)

Gangsa - Norhayati Al-Madihah-mewakili Kita Juara (Individu keseluruhan wanita) dan Mixed Double Compound  (Ahmad Syafiq Azim & Nurul Syahera)

Tahniah dan Syabas. Kelab Memanah mengucapkan semoga semua atlet teruskan perjuangan walau pasukan mana pun yang diwakili.

UiTM dihatiku

Mohamad Azmi Nias Ahmad 
Penasihat Kelab Memanah UiTM Pahang

Berikut beberapa gambar yang sempay dirakam. 



















Tuesday, April 5, 2016

Majlis Anugerah Sukan 2015

Shah Alam. 24 Mac 2016, Majlis gilang gemilang yang dirasmikan oleh NC baru, Prof Emiritus Datuk Dr Hassan Said ini dihadiri oleh pengiat-pengiat dan penggerak-penggerak sukan di UiTM seluruh negara.

Tahniah kepada Fatin Nurfatehah Mat Salleh kerana tersenarai di dalam senarai "Hall of fame" bagi kategori atlet wanita.

Bagi pemanah negara, Norhayati Al-Madihah Hashim, beliau menerima "Anugerah Khas" sebagai atlet UiTM yang sentiasa memberi khidmat cemerlang sebagai atlet UiTM dan Atlet negara.

Tidak dilupa pemanah UiTM yang semakin meningkat prestasinya, Nurul Syazhera Mohd Asmi, menerima anugerah gangsa.

Diharap atlet dari Kelab ini terus berusaha meningkatkan prestasi di tahap yang paling tinggi.

Majulah Sukan untuk UiTM

Mohamad Azmi Nias Ahmad
Penasihat Kelab Memanah UiTM Pahang 















Farewell Kur 2007-2016

Selepas hampir sedekad, beliau akhirnya berhijrah ke kehidupan yang baru. Jasa beliau amat banyak dan sukar untuk dinyatakan.

Kenangan yang mencuit hati juga banyak. Ianya boleh dibuat catatan dan dibukukan untuk tatapan semua.

Beliau adalah simbol kerja keras boleh merubah nasib seseorang. Bermula dengan recurve beliau telah digugurkan beberapa kali. Walaubagaimanapun, semangat beliau telah membawa beliau mewakili Negeri dan seterusnya negara.

Semoga maju jaya.





Goodbye and Farewell....... 





Sekitar Muafakat Johor International Archery Tournament

Tahniah Nursyahera!!!

Mewakili negeri kelahirannya Kelantan, di Muafakat Johor International Archery Tournament beliau telah berjaya memenangi 2 emas :
50m =341 
30m=116 (diberhentikan disebabkan hujan)

Kelab Memanah UiTM Pahang keseluruhannya amat bangga dengan kejayaan ini.

Semoga terus cemerlang!

Monday, April 4, 2016

Hari Ke-4


Hari Ke-4. Latihan sekali seminggu diteruskan. Banyak perkembangan baik. Terima kasih pada tenaga-tenaga pengajar Ji dan Acap

Saya ucapkan syabas.

Mantan president datang melawat

Terima kasih atas kunjungan mantan presiden ke UiTM Jengka. 

Perbincangan dengan beliau amatlah berguna. Cadangan-cadangan beliau amatlah diperlukan.

Semoga bertemu kembali