Monday, July 9, 2012

Tahniah Atlet Malaysia di WUC 2012 Cordoba, Spain

Sekalung tahniah dan jutaan penghargaan diucapkan kepada pasukan memanah kontinjen Malaysia ke World University Championship 2012 di Cordoba, Spain kerana berjaya membawa pulang pingat Perak yang disumbangkan oleh pasukan compound wanita..

Mereka berjaya melangkah ke pusingan akhir setelah berjaya mengalahkan pasukan Korea, namun gagal mengalahkan pasukan USA yang membawa pulang pingat Emas..

Semoga kejayaan ini akan memberi dorongan dan perangsang kepada atlet memanah negeri Pahang di Kejohanan SUKMA yang bakal berlangsung di mana kebanyakan dari pemanah Pahang adalah dari UiTM..

Untuk keputusan lengkap kejohanan, sila rujuk http://www.fisuarchery2012.com/index.php/championship/results-a-standings

Wednesday, July 4, 2012

9th WORLD UNIVERSITY CHAMPIONSHIP ARCHERY 2012

Tarikh kejohanan  :    4 - 7 Julai 2012
Tempat                 :    Cordoba, Sepanyol

Pemanah UiTM terlibat   :  

KURNIADI EDDIE

AL-MADIHAH HASHIM

FATIN 'PANDA' NURFATEHAH


Marilah bersama-sama kita mendoakan kejayaan mereka demi mengharumkan nama MALAYSIA amnya dan UiTM khususnya..

Semoga berjaya di bumi Cordoba..

UiTM Sentiasa Dihatiku..

Saturday, May 12, 2012

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia..

Bertarikh 2 hingga 6 Mei 2012, pasukan memanah UiTM telah menyertai Kejohanan Memanah Terbuka UUM Kali Ke-27, 2012 bertempat di Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah..

UiTM bekerjasama dengan atlet SUKMA negeri Pahang dan membariskan seramai 21 orang atlet..

Tahniah kepada satu-satunya pemenang pingat di temasya kali ini iaitu pemanah sensasi UiTM, Fatin Nurfatehah Binti Mat Salleh, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.. Beliau memenangi pingat Emas bagi acara Pusingan Olimpik Individu kategori compound wanita..

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua pemanah yang rata-rata beraksi cemerlang di kejohanan ini..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pahang, staf akademik dan pentadbiran, dan terutama kepada staf di Unit Sukan dan Unit Kenderaan yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan memanah..

Diharapkan semua pemanah mengekalkan tahap prestasi yang optimum demi memartabatkan sukan memanah universiti dan bersiap sedia menghadapi kejohanan yang akan datang iaitu UPM Open pada bulan Jun dan yang paling penting, SUKMA pada bulan Julai nanti..

Sekian..
Sent from my BlackBerry®

Wednesday, March 28, 2012

ANUGERAH SUKAN UiTM 2011


UiTM Cawangan Pahang melalui Kelab Memanah UiTM Pahang mengucapkan jutaan tahniah di atas penganugerahan Olahragawati UiTM 2011 buat kali kedua berturut-turut kepada :

Fatin Nurfatehah Mat Salleh

Ribuan tahniah juga diucapkan kepada Nurhayati Al-Madihah Hashim di atas penganugerahan Anugerah Emas Universiti kerana penglibatan beliau dalam bidang sukan sepanjang tahun 2011.

Tahniah juga diucapkan kepada tulang belakang yang memastikan atlet memanah UiTM terus cemerlang dan gemilang,
penerima anugerah Jurulatih Cemerlang 2011, Cik Mon Redee Sut Txi

Di majlis yang sama, 3 orang atlet memanah telah menerima
Anugerah Gangsa Universiti iaitu:

Nik Mohamad Faiz Khalib

Adibah Tajuddin

Nur Syafiqah Hasrudin


Tahniah kepada semua penerima Anugerah Sukan UiTM

Jasa anda tetap disanjung dan dihargai

Monday, February 20, 2012

TAHNIAH ATLET MALAYSIA DI 1st ASIAN GRAND PRIX 2012, BANGKOK

Kejohanan Memanah Asian Grand Prix 2012, Bangkok telah melabuhkan tirainya..

Pasukan Malaysia telah memenangi 3 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa..

Pingat Emas telah disumbangkan oleh Cheng Chu Sian (acara Pusingan Kelayakan FITA), dan 2 Emas oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh (acara Pusingan Kelayakan FITA dan Pusingan Kelayakan FITA Berpasukan)..

1 Pingat Perak telah disumbangkan oleh trio sensasi pemanah Recurve Berpasukan (acara Pusingan Kelayakan FITA) dan sekali lagi oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh
melalui acara Individu Pusingan Olimpik..

Melalui gandingan mantap dari Berpasukan Wanita Compound dibarisi
pemanah berpengalaman Norhayati Al-Madihah, Nurhidayah Abdul Latip dan
juga Fatin Norfatehah, trio ini memenangi Pingat Perak setelah tewas kepada
pasukan tuan rumah di peringkat akhir dengan perbezaan 1 mata sahaja..

Pingat Gangsa telah disumbangkan oleh Khairul Anuar Mohamed, pemanah Elit
kategori Recurve yang juga merupakan pemanah pertama dan atlet Malaysia pertama
melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London..

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Pasukan Compound Lelaki yang dibarisi
oleh Sharir Aizat (AC 220), Ahmad Aliff (EC 110) dan Kurniadi Muhtar (AS 202)
kerana telah memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan memanah dari
negara lain..





FATIN NURFATEHAH MAT SALLEH

NORHAYATI AL-MADIHAH HASHIM

Sahabat, mentor, ayahanda: Mej. (B) Baharudin Jamil, KAT (kanan sekali)


* Keputusan penuh kejohanan : http://www.ianseo.net/Details.php?toId=249

Wednesday, February 15, 2012

KEJOHANAN MEMANAH DEWAN PUSAT SUKAN TUMPUAN UniSZA 2012

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia..

Bertarikh 2 hingga 5 Februari 2012, pasukan memanah UiTM telah menyertai Kejohanan Memanah Dewan yang dianjurkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu..

Sebanyak 9 buah IPTA lain telah meyertai kejohanan ini selain pasukan UiTM..

UiTM telah membariskan pasukan dari kampus cawangan iaitu:

1. UiTM Malaysia

2. UiTM Cawangan Pahang

3. UiTM Terengganu

4. UiTM Pulau Pinang

Daripada 24 jenis pingat yang dipertandingkan, Alhamdulillah, UiTM telah berjaya membawa pulang 3 pingat Emas, 6 pingat Perak dan 4 pingat Gangsa..

UiTM seterusnya dinobatkan sebagai Naib Johan kejohanan ini dibelakang Johan Keseluruhan UPM dengan 4 pingat Emas..

Terima kasih kepada pihak UniSZA kerana telah memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman memanah di dalam dewan..Pengalaman ini akan kami ingati sentiasa..

Tahniah pasukan UiTM !!!

Teruskan kecemerlangan sukan memanah demi UiTM !!!








Tuesday, February 14, 2012

1st ASIAN GRAND PRIX 2012, BANGKOK


SELAMAT BERJUANG

KEPADA ATLET-ATLET COMPOUND LELAKI DAN WANITA

UiTM DI KEJOHANAN 1st ASIAN GRAND PRIX 2012, BANGKOK..


KURNIADI BIN MUHTAR

SHARIR AIZAT BIN ABDUL GHANI

AHMAD ALIFF FADHULULLAH BIN ALWI

FATIN NURFATEHAH BINTI MAT SALLEH

NORHAYATI AL-MADIHAH BINTI HASHIM

NURHIDAYAH BINTI ABDUL LATIP




Sunday, January 8, 2012

'KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME' ANTARA UiTM TERENGGANU DAN UiTM CAWANGAN PAHANG

Bertarikh 6 hingga 7 Januari 2012, UiTM Cawangan Pahang telah menerima kunjungan dari Kelab Memanah UiTM Terengganu. Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan mengadakan perlawanan persahabatan antara pemanah UiTM Cawangan Pahang dan pemanah UiTM Terengganu.

Antara pengisian program adalah:

1. perkongsian maklumat mengenai cara dan teknik memanah yang betul
2. cara-cara untuk 'tune' bow pertandingan (advanced bow)
3. perkara-perkara teknikal dalam memasang anak panah, 'set up' bow
4. aspek keselamatan dalam sukan memanah
5. hala tuju sukan memanah di negara amnya dan IPT khasnya
6. cara-cara untuk mengendalikan sesuatu kejohanan memanah
7. kepegawaian di dalam sukan memanah
8. latihan-latihan fizikal dan bebanan spesifik untuk sukan memanah

Pemanah-pemanah dari UiTM Terengganu dan UiTM Cawangan Pahang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan objektif program ini tercapai. Banyak maklumat-maklumat yang berguna telah diperolehi dari program ini.

Diharapkan pemanah-pemanah UiTM Terengganu dapat mengaplikasikan segala maklumat-maklumat yang diperolehi dari sini dan mengembangkannya kepada semua ahli kelab di UiTM Terengganu.

Terima kasih di atas kunjungan ini. Kami banyak belajar dari anda semua. Semoga ukhwah yang terjalin ini dikekalkan sampai bila-bila.




Penasihat dan Jurulatih Kelab Memanah UiTM Terengganu

Klinik memanah - 06.01.2012









Sesi perkongsian pengalaman dan maklumat mengenai kelab



Mini tournament - 07.01.2012

Barisan statistik dan DOS
Majlis penutup

Bergambar kenangan