Sunday, June 26, 2011

KARNIVAL SUKAN MASUM FASA 2 2011, UPM..

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Cabaran Memanah akan bermula esok seawal jam 8.00 pagi..

Mempertaruhkan 8 pingat emas..

Acara dimulakan dengan jarak 90 meter Lelaki Recurve dan 70 meter Wanita Compound pada sesi pagi..

Sesi petang bermula jam 2.00 petang dengan acara bagi jarak 90 meter Lelaki Compound dan 70 meter Wanita Recurve..

Walaupun saingan sengit bakal dihadapi dari universiti bertanding terutama tuan rumah, pasukan memanah UiTM telah bersedia menghadapi cabaran dan Insyallah akan cuba sedaya upaya utk mengekalkan Juara Keseluruhan..



Tuesday, June 7, 2011

KEPUTUSAN KEJOHANAN MEMANAH AGP DHAKA, BANGLADESH 2011


Pada 25-31 Mei 2011, seorang atlet memanah UiTM Pahang iaitu Adibah Bt Tajudin (SR113,part 3) anak kelahiran Lipis, Pahang telah berjaya melayakkan diri di dalam kelompok pasukan Negara untuk bertanding dalam Kejohanan 3rd Asian Grand Prix di Dhaka, Bangladesh. Ini merupakan kali pertama
beliau diberi paluang untuk menyertai pasukan Malaysia.

Sukacita dimaklumkan beliau telah berjaya mara ke pusingan akhir dan memenangi PINGAT PERAK dalam acara Olympic Round Individu (pusingan kalah mati) bersama atlet dari Negara INDIA. Dengan kejayaan ini akan membantu beliau dalam permohonan biasiswa atlet IPT di bawah tajaan KPT (Kem Pengajian Tinggi).


Berikut merupakan artikel yang terdapat di dalam blog Pelapis Majlis sukan Negara:-

Di dalam acara Recurve Wanita Akhir yang berlangsung petang tadi pemanah muda negara iaitu Adibah bt Tajuddin telah tewas 1 mata di tangan kepada pemanah berpengalaman dari India (Birulyn) dengan kutipan mata 4-6. Pada Set penentuan terakhir Adibah melakukan panahan dengan 26 mata manakala Birulyn dengan 27 mata. Adibah yang berlatih di pusat latihan negeri UITM Jengka Pahang telah memberi saingan yang sengit kepada pemanah India sebelum tewas untuk memungut pingat perak.

Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat para atlet UiTM lain untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan dari semasa ke semasa.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sokongan kepada pasukan memanah UiTM.

Mon Redee Sut Txi

Wednesday, June 1, 2011

3rd Asian Archery Grand Prix & Asian Youth Archery Championship 2011 Dhaka, Bangladesh


Cabaran negara di Kejohanan 3rd Asian Archery Grand Prix & Asian Youth Archery Championship 2011 Dhaka, Bangladesh berkahir hari ini dengan pungutan 1 Perak (recurve wanita) dalam kategori terbuka dan 1 Emas (recurve wanita) 2 Perak (mix recurve, berpasukan wanita) dan 1 Gangsa (berpasukan lelaki) dalam kategori Remaja. Ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan kerana pasukan negara ini diwakili oleh campuran pemanah muda dari Pelapis Kebangsaan, Serantau dan Negeri.


Kejohanan ini telah di adakan di Stadium Angkatan Tentera Bangladesh melibatkan 14 negara dari rantau Asia yang menampilkan 160 peserta bagi kategori terbuka dan remaja.

Di dalam acara Recurve Wanita Akhir yang berlangsung petang tadi pemanah muda negara iaitu Adibah bt Tajuddin telah tewas di tangan kepada pemanah berpengalaman dari India (Birulyn) dengan kutipan mata 4-6. Adibah yang berlatih di bawah Jurulatih Mon Re Dee di pusat latihan negeri UITM Jengka Pahang telah memberi saingan yang sengit kepada pemanah India sebelum tewas untuk memungut pingat perak.

Kem pasukan negara begitu gembira apabila Farah Amalina berjaya merangkul emas bagi acara Recurve Wanita Junior mengalahkan pemanah India Boro .H dengan mata 6-0 sebentar tadi. Farah Amalina yang berlatih di Akademi Serantau Zon Selatan, Kompleks Dato' Hj. Hasan Yunus di bawah Cik. Lim Geok Poong telah berjaya menewaskan pemanah yang lebih berpengalaman dari India.

Atiq Bazil/Farah Amalina kalah kepada pemanah India bagi acara Recurve Mix Junior Team dengan mata 114/113 berjaya merangkul satu lagi pingat perak kepada Malaysia.

Tahniah kepada semua pemenang...dan selamat pulang pasukan negara



Sent from my iPad