Tuesday, June 7, 2011

KEPUTUSAN KEJOHANAN MEMANAH AGP DHAKA, BANGLADESH 2011


Pada 25-31 Mei 2011, seorang atlet memanah UiTM Pahang iaitu Adibah Bt Tajudin (SR113,part 3) anak kelahiran Lipis, Pahang telah berjaya melayakkan diri di dalam kelompok pasukan Negara untuk bertanding dalam Kejohanan 3rd Asian Grand Prix di Dhaka, Bangladesh. Ini merupakan kali pertama
beliau diberi paluang untuk menyertai pasukan Malaysia.

Sukacita dimaklumkan beliau telah berjaya mara ke pusingan akhir dan memenangi PINGAT PERAK dalam acara Olympic Round Individu (pusingan kalah mati) bersama atlet dari Negara INDIA. Dengan kejayaan ini akan membantu beliau dalam permohonan biasiswa atlet IPT di bawah tajaan KPT (Kem Pengajian Tinggi).


Berikut merupakan artikel yang terdapat di dalam blog Pelapis Majlis sukan Negara:-

Di dalam acara Recurve Wanita Akhir yang berlangsung petang tadi pemanah muda negara iaitu Adibah bt Tajuddin telah tewas 1 mata di tangan kepada pemanah berpengalaman dari India (Birulyn) dengan kutipan mata 4-6. Pada Set penentuan terakhir Adibah melakukan panahan dengan 26 mata manakala Birulyn dengan 27 mata. Adibah yang berlatih di pusat latihan negeri UITM Jengka Pahang telah memberi saingan yang sengit kepada pemanah India sebelum tewas untuk memungut pingat perak.

Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat para atlet UiTM lain untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan dari semasa ke semasa.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sokongan kepada pasukan memanah UiTM.

Mon Redee Sut Txi

No comments: