Monday, April 19, 2010

Kejohanan Memanah Terbuka Kuala Selangor 2010

Syukur pada Allah, kerana kejohanan memanah yang ke 50 kami sertai (sejak julai 2006) telah menyumbangkan 1 emas dan 1 perak.

Pingat emas disumbangkan oleh Fatten Jimale dalam acara berpasukan compound Wanita manakala pingat perak disumbangkan dalam acara individu recurve wanita oleh Adibah Tajuddin.

Kemenangan dan penyertaan yang ke 50 ini juga telah menjadikan (secara kebetulan) pingat yang dimenangi sejak julai 2006 adalah 444 pingat iaitu 150 emas, 137 Perak dan 135 Gangsa dan 22 tempat ke 4.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 18, 2010

Anugerah MASUM

Tahniah diucapkan kepada pasukan compound wanita UiTM kerana telah berjaya memenangi beberapa anugerah di Majlis Anugerah MASUM

Anugerah yang dimenangi adalah:-

1) Olahragawati Harapan - Fatin Nurfatehah Mat Salleh
2) Atlet Universiti Cemerlang - Norhayati Al-Madihah Hashim
3) Calon Olahragawati - Nurhidayah Abdul Latip

Semoga Kecemerlangan ini diteruskan. Sekian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 11, 2010

Kejohanan KO Memanah yang penuh Drama








Kejohanan KO memanah yang diadakan pada 11 April 2010 adalah yang paling menarik sejak ianya mula dipertandingkan sejak Julai 2006. Seramai 64 pemanah dari UiTM Pahang dan 4 pemanah dari negeri Kelantan menyertai kejohanan ini yang mempertandingkan 4 kategori iaitu Compound, Recurve, KO Lelaki dan KO Wanita.

Dalam acara Compund, Sharir Aizat Abdul Ghani yang juga pemanah SUKMA Pahang menang pingat emas setelah mengalahkan Wan Azwan Wan Mohamad (Kelantan) 110-109 dan Gangsa Kurniadi Muhtar (Kelantan) setelah mengalahkan Ahmad Firdaus Yahya 104-102. Untuk berpasukan pula, pasukan Kelantan mengalahkan pasukan Pahang untuk muncul johan berpasukan compound 208-200

Acara Recurve pula menyaksikan penguasaan penuh pemanah recurve wanita SUKMA Pahang dengan pingat emas dimenangi oleh Nurul Atiqah Amran, perak Nurul Atiqah Adawiyah Mat Rozai dan gangsa Nurul Ashyiekin Najlaa Amran. Berpasukan juga dimenangai oleh 3 pemanah mantap 187-172 ke atas pasukan Kelantan.

Bagi kategori KO lelaki, Ahmad Hafidzuddin Adul Aziz muncul juara setelah mengalahkan Mohd Nasrudin Che Ajid 110-104, manakala Aidil Mazrol Ab Manan menang gangsa setelah mengalahkan Mohd Nadzrul Adzmin Noraja 109-93

Kategori KO wanita pula menyaksikan Noradilah Musa unggul setelah mengalahkan Nurul Azila Mohd Noor 104-99, manakala Raja Nor Aliya Raja Muhammad menang acara "Bronze medal match" dengan mengalahkan Nurul Atiqah Dzulkifli 102-91.

Kumpulan 3 muncul pasukan terbaik setelah mengumpul markah tertinggi berkumpulan. Kumpulan ini disertai oleh Mohd Nadzrul Adzmin Noraja, Ahmad Hafidzuddin Abdul Aziz, Mohd Nasrudin Che Ajid, Ahmad Sabri Mamat, Wan Hafizah Wan Ngah, Norhafizah Hanim Mohd Radzi dan Mohamad Nazrulrahim Mohd Abas.

Saturday, April 10, 2010

Supplement sudah sampai !!!

Makan jangan tak makan yea he he !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 8, 2010

Anugerah Sukan UiTM

Tahniah saya ucapkan pada semua. Semoga perjuang murni ini diteruskan.

1) Tokoh Sukan - Prof Madya Dato Dr Hilmi Ab Rahman

2) Jurulatih Cemerlang - Mohamad Azmi Nias Ahmad

3) Olahragawati - Nurhidayah Abdul Latip

4) Anugerah Perak - Norhayati Al-Madihah Hashim & Nurhidayah Abdul Latip

5) Anugerah Gangsa - Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Wan Azwan Wan Mohamad, Sharir Aizat Abdul Ghani, Mohamad Azhar Afendi Zahari

Love from : Azmi Nias

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 6, 2010

6 Emas, 5 Perak, 3 Gangsa di MASUM





Sukar hendak digambarkan kegembiraan di MASUM 2010. Kerana UiTM muncul Overall Champion for 2nd year in a row. Walaupun kutipan EMAS menurun dari 7 ke 6 daripada 10 Emas yang dipertandingan, namun ada "Historic win" dimana pasukan Recurve wanita muncul juara pertama kali sejak sekian lama terlepas kepada UPM. Good job untuk semua dan marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Allah yang maha memberi rezeki.

Semoga gambar-gambar ini menceritakan kegembiraan kami.....

2 Emas 1 Perak 1 Gangsa di UUM OPen 2010




Sukacita ingin saya maklumkan bahawa satu sejarah telah tercipta apabila pemanah compound lelaki dan pasukan dari universiti (uitm) berjaya menang emas di uum open (pertama kali dalam satu-satu kejohanan terbuka outdoor. UiTM pernah muncul johan Indoor).

Kejohanan ini disertai oleh 222 pemanuah ini diserikan oleh pasukan kebangsaan thailand, pemanah pelapis singapura, pasukan elit kebangsaan dan pelapis kebangsaan.

Pasukan Compound lelaki yang disertai oleh Kurniadi Muhtar (AS120), Wan Azwan Wan Mohamad (AS120) dan Mohd Khairul Azam Hashim. Dengan hanya menduduki tangga ke-6 pada pusingan kelayakkan, kemenangan bersejarah ini bermula apabila menundukkan UUM di pusingan awal dengan 219-206. Di pusingan suku Akhir, Melaka dikalahkan dengan 213-203 dan semangat "When the lion roars" ini diteruskan ketika bertemu pasukan Kedah yang disertai oleh Mohd Zaki yang juga pemenangan pingat Emas Test Match sukan Commonwealth 221-213. Pada perlawanan akhir, mereka bertemu ATM dalam keadaan hujan lebat dan berangin, namun semangat kental dan cintakan UiTM mereka mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari IPTA yang memenangi EMAS dalam acara Compound Berpasukan dengan 210-205.

Fatin Nurfatehah Mat Salleh (SR113) juga menang emas acara individu pusingan Olimpik selepas menundukkan Nur Izzah Ishak (ATM) dan perak bagi keseluruhan compound wanita. Pingat gangsa pula dimenangai dlm acara mix recurve yang disertai oleh Mohd Rafiq Roslan dan Adibah Tajuddin.

1 Emas 1 Perak di Sirkit Kebangsaan 1, K.Terengganu (3-8 Mac 2010)


Tahniah pada Mon, Nani, The Kur, Zaini, Azroi, Ekin, Fatten, Dibah atas performance di Sirkit 1.

GANGSA di New Delhi (Test Match Commonwealth Games 2010)




Tahniah kepada Yati dan Dayah kerana berjaya mengharumkan nama negara...