Tuesday, April 6, 2010

2 Emas 1 Perak 1 Gangsa di UUM OPen 2010




Sukacita ingin saya maklumkan bahawa satu sejarah telah tercipta apabila pemanah compound lelaki dan pasukan dari universiti (uitm) berjaya menang emas di uum open (pertama kali dalam satu-satu kejohanan terbuka outdoor. UiTM pernah muncul johan Indoor).

Kejohanan ini disertai oleh 222 pemanuah ini diserikan oleh pasukan kebangsaan thailand, pemanah pelapis singapura, pasukan elit kebangsaan dan pelapis kebangsaan.

Pasukan Compound lelaki yang disertai oleh Kurniadi Muhtar (AS120), Wan Azwan Wan Mohamad (AS120) dan Mohd Khairul Azam Hashim. Dengan hanya menduduki tangga ke-6 pada pusingan kelayakkan, kemenangan bersejarah ini bermula apabila menundukkan UUM di pusingan awal dengan 219-206. Di pusingan suku Akhir, Melaka dikalahkan dengan 213-203 dan semangat "When the lion roars" ini diteruskan ketika bertemu pasukan Kedah yang disertai oleh Mohd Zaki yang juga pemenangan pingat Emas Test Match sukan Commonwealth 221-213. Pada perlawanan akhir, mereka bertemu ATM dalam keadaan hujan lebat dan berangin, namun semangat kental dan cintakan UiTM mereka mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari IPTA yang memenangi EMAS dalam acara Compound Berpasukan dengan 210-205.

Fatin Nurfatehah Mat Salleh (SR113) juga menang emas acara individu pusingan Olimpik selepas menundukkan Nur Izzah Ishak (ATM) dan perak bagi keseluruhan compound wanita. Pingat gangsa pula dimenangai dlm acara mix recurve yang disertai oleh Mohd Rafiq Roslan dan Adibah Tajuddin.

2 comments:

azwan wan said...

kur mmg shoot bgus r ari 2....mmg dia the legend....

azwan wan said...

pok chek pon shoot bgus gak....xsia2 lwn mati2an....ape pn tq 2 en.azmi, p.mon, coach kamarul n all friends.....tanpa usaha b'sma xde k'jyaan nie...