Monday, October 30, 2023

UiTM JUARA KESELURUHAN HIGH EDUCATION SPORTS FIESTA (HESF) 2023


Kontinjen UiTM dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN High Education Sports Fiesta (HESF) 2023, UniSZA, Terengganu dengan kutipan pingat sebanyak 8 Emas, 7 Perak dan 1 Gangsa.
HESF 2023 kali ke 3 telah menutup tirainya pada 29 Oktober 2023. Acara yang telah menyumbangkan pingat emas adalah dari acara :

Memanah
- Kelayakan "Recurve" Lelaki - Muhammad Farhan Hakim
- Kelayakan "Recurve" Wanita - Nur Rafiqa Izzlyn
- Kelayakan "Compound" Lelaki - Mohamad Syafiq Md Ariffin
- "Recurve" Berpasukan Lelaki
- "Recurve" Berpasukan Wanita
- "Recurve" Berpasukan Campuran

Petanque
- "Women Single" - Nur Asyikin Roslan
- "Men's Double"  - Syed Afiq Fakhri Syed Ali
                             - Mohamad Muqri A'rif Mohamad Sapiny

Tahniah dan Syabas Kontinjen UiTM.... Semoga terus mencipta kejayaan demi kejayaan...

Monday, September 4, 2023

Tahniah Pemanah UiTM Membantu - UiTM JUARA KESELURUHAN KARNIVAL SUKAN MASUM 2023


UiTM telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2023 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 34 Emas, 27 Perak dan 29 Gangsa telah berjaya diraih oleh para atlet UiTM. Dengan kejayaan ini, UiTM telah berjaya mengekalkan kejuaraan selama empat tahun berturut-turut. Tahniah UiTM.... 

Karnival Sukan MASUM 2023 telah melabuhkan tirai pada hari ini di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Pusat Sukan
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam