Monday, September 19, 2011

Perginya Abg Bad (Badrol Isham Mohd Alias)

Menangis hati ini bila teringatkan arwah yang merupakan rakan seperjuang saya untuk menaikkan memanah.

Kami sama-sama menyelesaikan konflik, menangis gembira, menangis sedih dan berpelukkan bila mengecapi kemenangan dan kekalahan.

Beliau juga saya latih sehingga membawa sebutir perak bermakna (pingat kejohanan memanah terbuka pertama). Pingat kepunyaan saya ada di galeri dibawah jagaan arwah. Kejayaan ini disambut dengan titisan air mata kerana bukan senang mengalahkan ATM A diseparuh akhir.

Passion beliau kepada memanah tidak berbelah bagi apabila sentiasa datang jika pertolongan diperlukan. Kami berdua pernah mengangkat target berdua untuk satu kejohanan jemputan.

Itulah Badrol Isham Mohd Alias. Rakan yg telah pergi menghadap Allah SWT.

Angin ribut yang amat sejuk diluar office saya di ECU Joondalup tidak terasa sejuk kerana hati ini remuk mengenangkan bila saya pulang nanti tiada abg Bad bakal menyambut. Hanya sedekah fatihah dan doa sahaja yg dpt kita lakukan kini.........