Wednesday, October 28, 2009

UiTM Kuasai Acara Compound Wanita

Air Keroh, Melaka. Kejohanan Sirkit Kebangsaan 3 telah diadakan pada 21-25 Oktober 2009 dimana UiTM telah melakar sejarah apabila mendominasi acara compound wanita setelah memenangi 3 emas bagi acara 30m, Olimpik Round Individu dan Olimpik Round Berpasukan. 2 emas lagi disumbangkan oleh Jurulatih Recurve, Mon Redee Sut Txi bagi acara 50m dan 30m. Keseluruhan pingat yang dimenangi adalah 5 emas, 4 perak dan 6 gangsa.

Menurut Jurulatih Compound UiTM, Mohamad Azmi Nias Ahmad, beliau kagum dengan persembahan pemanah-pemanah compound bagi acara Olimpik Round Individu apabila 3 pemanah beliau memenangi pingat emas (Fatin Nurfatehah Mat Salleh), perak (Nurhidayah Abdul Latip) dan gangsa (Norhayati Al-Madihah Hashim). Keadaan angin yang tidak menentu telah menjejaskan sedikit prestasi pemanah ketika pusingan kelayakan (FITA round). Tambah beliau lagi, peluang pemanah UiTM untuk mengalas tanggungjawab di Sukan SEA Laos semakin cerah dan pemanah perlu untuk terus berlatih untuk memperbaiki kelemahan di kejohanan ini.

Mon Redee menganggap sasaran 3 emas yang diletak pada awalnya telah memberi semangat kepada kami untuk berjuang bagi menaikkan nama UiTM dipersada memanah Negara. Saya bersyukur kerana pemanah berada dalam keadaan yang terbaik sehingga melepasi sasaran pingat yang telah ditetapkan. Mon Redee yang merupakan bekas pemanah kebangsaan tidak menolak kemungkinan akan terus menyertai kejohanan Sirkit Kebangsaan dan Kejohanan-kejohanan terbuka. Beliau menyimpan hasrat untuk beraksi di temasya sukan Commonwealth 2010 jika diberi peluang.

Menyingkap kecemerlangan pemanah-pemanah compound wanita, diperingkat suku akhir, Nurhidayah menundukkan Johan Sirkit 2, Nor Izah Ishak (ATM) 108-106, Fatin Nurfatehah mengalahkan Suhaila Abd Malek (ATM) 110-105 dan Nohayati mengalahkan Johan Sirkit 1, Rosshaida Hayati Mohd (Terengganu) 108-105. Diperingkat separuh akhir, Fatin menang ke atas Norhayati 113-103 manakala Nurhidayah mengalahkan pemanah kebangsaan Saritha Cham Nong dalam perlawanan yang mendebarkan 108-107. Dalam perlawanan menentukan pingat gangsa Norhayati unggul dengan mengalahkan Saritha 108-107 manakala dalam acara akhir Fatin lebih unggul dengan menundukkan Nurhidayah 114-107.

Dalam acara berpasukan pula UiTM yang mendapat bye bagi acara suku akhir mudah menundukkan Terengganu 210-190 di separuh akhir sebelum bertemu dengan ATM B. Mendahului pada pusingan pertama, ATM telah merapatkan jurang di pusingan yang kedua. Di pusingan yang ketiga, anak panah Nurhidayah telah tersasar ke markah 5 telah memberi peluang kepada ATM B untuk mendahului. Ketika ATM B berkira-kira untuk menjulang pingat emas, pemanah UiTM telah membuat panahan hampir sempurna di pusingan keempat yang memberi sedikit tekanan kepada ATM B sehingga anak panah Hasbudiana Burhanuddin yang merupakan Johan Asia di Bangkok awal tahun ini juga tersasar ke markah 5. Tekanan yang dihadapi oleh ATM B dimanfaat sepenuhnya oleh pemanah UiTM yang melebarkan jarak markah yang berakhir dengan kemenangan UiTM 207-197.

Senarai pemenang

Emas 50m Recurve Wanita - Mon Redee Sut Txi
Emas 30m Recurve Wanita - Mon Redee Sut Txi
Emas 30m Compound Wanita - Norhayati Al-Madihah Hashim
Emas OR Compound Wanita - Fatin Nurfatehah Mat Salleh
Emas OR Berpasukan - Compound Wanita
Perak 70m Recurve Wanita - Mon Redee Sut Txi
Perak 60m Compound Wanita - Norhayati Al-Madihah Hashim
Perak 50m Compound Wanita - Norhayati Al-Madihah Hashim
Perak OR Compound Wanita - Nurhidayah Abdul Latip
Ganga 60m Recurve Wanita - Wan Kharina
Ganga 60m Compound Wanita - Nurhidayah Abdul Latip
Ganga 50m Compound Wanita - Fatin Nurfatehah Mat Salleh
Gangsa OR Recurve Wanita - Mon Redee Sut Txi
Gangsa OR Compound Wanita - Norhayati Al-Madihah Hashim
Gangsa OR Berpasukan - Recurve Wanita


SYUKUR PADA ALLAH YANG MEMBERI NIKMAT YANG DILUAR DUGAAN INI...