Tuesday, April 5, 2016

Majlis Anugerah Sukan 2015

Shah Alam. 24 Mac 2016, Majlis gilang gemilang yang dirasmikan oleh NC baru, Prof Emiritus Datuk Dr Hassan Said ini dihadiri oleh pengiat-pengiat dan penggerak-penggerak sukan di UiTM seluruh negara.

Tahniah kepada Fatin Nurfatehah Mat Salleh kerana tersenarai di dalam senarai "Hall of fame" bagi kategori atlet wanita.

Bagi pemanah negara, Norhayati Al-Madihah Hashim, beliau menerima "Anugerah Khas" sebagai atlet UiTM yang sentiasa memberi khidmat cemerlang sebagai atlet UiTM dan Atlet negara.

Tidak dilupa pemanah UiTM yang semakin meningkat prestasinya, Nurul Syazhera Mohd Asmi, menerima anugerah gangsa.

Diharap atlet dari Kelab ini terus berusaha meningkatkan prestasi di tahap yang paling tinggi.

Majulah Sukan untuk UiTM

Mohamad Azmi Nias Ahmad
Penasihat Kelab Memanah UiTM Pahang 















1 comment:

mUhAmMaD iHsAn SuLaiMan said...

salam... saya muhammad ihsan.. student uitm pasir gudang..
nak tanya, klau nak join archery club uitm pahang. mcm mane?
sbb uitm pasir gudang tiada archery..
boleh tak mintak contact number sesiapa yang berkenaan, untuk rujukan saya..
terima kasih.