Sunday, April 19, 2009

5 EMAS, 1 PERAK DAN 1 GANGSA = TEMPAT KE SUKAN SEA ???

Salam, Dayah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan telah memenangi 5 emas,1 perak dan 1 gangsa. Beliau mendahului semua pemanah negara. Berikut adalah pingat-pingat yang dimenangi setakat ini.

70m - Emas (339) - Rekod baru Kebangsaan
60m - Emas (332)
50m - Emas (339) - Rekod baru Kebangsaan
30m - Perak (351)
Individu Pusingan olimpik - Gangsa
Berpasukan - Emas
Juara Keseluruhan - Emas (1361)
* meninggalkan pencabar dengan 30 mata.

Persoalannya, adakah beliau dapat ke sukan SEA ???? Memandangkan prestasi terkini sememangnya sebelah kaki beliau sudah berada di SEA games 2009 dan kemungkinan besar Commonwealth Games 2010. Beliau ada 3 lagi sirkit untuk ditempuhi sebelum menjadi 'the first homegrown archer' yang dilahirkan dari HSL 117 KO memanah dan dari UiTM Pahang yang akan mewakili team senior Malaysia. Sama-sama kita doakan. Sebelum ini beliau pernah mewakili team universiti Malaysia.

Alhamdullilah, syukur pada Allah, walaupun dengan kekangan kewangan yang begitu amat amat sangat sangat meruncing bagi kami pasukan memanah, ramai warga UiTM Pahang yang menghulur bantuan dan saya ucapkan terima kasih semoga Allah membalasnya.

Saya percaya niat murni kalianlah yang menzahirkan kemenangan yang sememangnya di luar jangkaan ini.

1 comment:

Anonymous said...

InsyAllah saya percaya dengan kedudukan beliau sekarang sudah sepatutnya layak ke sukan SEA akan datang ini.

Kekalkan prestasi untuk tournament akan datang dan minta NAAM membantu.

Kelab UiTM boleh highlight beliau untuk layak ke sukan SEA.

http://archeryclinic.blogspot.com/