Kejohanan ini telah di adakan di Stadium Angkatan Tentera Bangladesh melibatkan 14 negara dari rantau Asia yang menampilkan 160 peserta bagi kategori terbuka dan remaja.
Di dalam acara Recurve Wanita Akhir yang berlangsung petang tadi pemanah muda negara iaitu Adibah bt Tajuddin telah tewas di tangan kepada pemanah berpengalaman dari India (Birulyn) dengan kutipan mata 4-6. Adibah yang berlatih di bawah Jurulatih Mon Re Dee di pusat latihan negeri UITM Jengka Pahang telah memberi saingan yang sengit kepada pemanah India sebelum tewas untuk memungut pingat perak.
Kem pasukan negara begitu gembira apabila Farah Amalina berjaya merangkul emas bagi acara Recurve Wanita Junior mengalahkan pemanah India Boro .H dengan mata 6-0 sebentar tadi. Farah Amalina yang berlatih di Akademi Serantau Zon Selatan, Kompleks Dato' Hj. Hasan Yunus di bawah Cik. Lim Geok Poong telah berjaya menewaskan pemanah yang lebih berpengalaman dari India.
Atiq Bazil/Farah Amalina kalah kepada pemanah India bagi acara Recurve Mix Junior Team dengan mata 114/113 berjaya merangkul satu lagi pingat perak kepada Malaysia.
Tahniah kepada semua pemenang...dan selamat pulang pasukan negara