Wednesday, December 21, 2011

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN KE-3 DAN TERBUKA SABAH KE-5 2011

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Pasukan Memanah UiTM baru pulang dari menyertai kejohanan peringkat kebangsaan bertempat di Lapang Sasar Memanah Likas di Kota Kinabalu, Sabah yang telah berlangsung dari 14 hingga 18 Disember 2011..

Pasukan Memanah UiTM dibarisi oleh muka-muka lama dan baru..

Alhamdulillah, telah berjaya membawa pulang 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa hasil bidikan pasukan compound wanita..

Kebanyakan pemanah-pemanah semua berpuas hati dengan pencapaian masing-masing..

Terima kasih yg tak terhingga diucapkan kepada pihak UiTM Cawangan Sabah terutama Rektor kampus. Terima kasih juga diucapkan Ketua Unit Sukan, En. Wan Roslin serta stafnya yang menyokong penuh perjuangan kami..Tidak dilupakan kepada pemandu kami yang sangat 'sporting' dan tidak pernah penat melayan hasrat kami untuk menerokai makanan-makanan yang enak-enak di KK, En Awang Azaman..

Sekian, sehingga ketemu lagi di tahun hadapan bah..!!!

Aramaiti..Macam di KK..!!







Dan lagu kegemaran semua: