Friday, August 28, 2009

Kemenangan Besar Pasukan Memanah di Bulan Ramadhan


Sibu, 24-28 Ogos 2009. Kejohanan Memanah Terbuka Sarawak ke sebelas telah diadakan di Stadium Tun Zaidi, sibu yang disertai oleh 10 pasukan daripada ATM, Miri, Sarik, SMKS, KIAA, Sabah, Kuching, Limbang, Lawas, Majlis Sukan Sarawak dan pasukan terkecil UiTM yang disertai oleh 6 pemanah dan seorang pegawai. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Memanah Sarawak (PEMASA) di dalam bulan Ramadhan yang merupakan kejohanan memanah pertama yang diadakan di dalam bulan Ramadhan di Malaysia.
Syukur pada Allah yang memberi kejayaan besar di bulan yang Ramadhan yang mulia ini dengan 15 EMAS, 4 PERAK dan 5 GANGSA. Sesungguhnya kejohanan Sarawak Open ke sebelas ini amat mencabar kerana jadual kejohanan yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Cuaca yang panas terik benar-benar menguji ketahanan pemanah termasuk saya sendiri namun kesemua pemanah ingin merasa sendiri apa yang telah para sahabat rasa pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah iaitu sewaktu tercetusnya perang badar.

Agak tersentuh melihat pemanah terus terduduk atau terbaring selepas tiap-tiap giliran memanah tamat. Ini ditambah dengan bilik kediaman yang terletak di tingkat 3 dimana pemanah terpaksa mengangkat beg-beg yang berat setiap hari. Namun saya amat berbangga dengan semangat tidak berbelah bagi untuk melonjakkan nama UiTM dan Pahang diperingkat kebangsaan, mereka tidak pernah menyerah kalah pada kesukaran ini.

Sememangnya kejayaan besar ini adalah disebabkan kategori recurve mula memberi cabaran hasil latihan saudari Mon Redee Sut Txi yang berpengalaman luas disamping beliau sendiri bermain untuk memberi galakan kepada anak buah beliau. Menurut beliau, hasil persaingan sihat antaranya dan anak buah beliau telah secara tidak langsung meningkat prestasi ke tahap yang membanggakan. Sedikit sebanyak sinaran pingat bagi acara recurve di SUKMA 2010 mula kelihatan dan momentum ini dapat dikekalkan jika peluang terus diberikan kepada anak buah beliau untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Pasukan UiTM mendominasi acara Recurve Wanita melalui Mon Redeee Sut Txi (Jurulatih ) dengan 5 emas , diikuti oleh Fatin Nurfatehah pelajar diploma sains sukan dengan 4 emas, Wooden lelaki melalui pelajar diploma jurusan perakaunan Mohd Hanafiah Senin 3 emas, 2 emas oleh Mohd Khairul Azam Hashim, pelatih pusat pelapis negeri dan Mohd Rizaini Pandak Mohd pelajar Diploma Sains dengan 1 emas. Berikut adalah maklumat terperincinya :


Emas
1. Mon Redee Sut Txi 70m Recurve Wanita
2. Mon Redee Sut Txi 60m Recurve Wanita
3. Mon Redee Sut Txi 50m Recurve Wanita
4. Mon Redee Sut Txi 30m Recurve Wanita
5. Mon Redee Sut Txi Pusingan Olimpik Individu Recurve Wanita
6. Fatin Nurfatehah Mat Salleh 70m Compound Wanita
7. Fatin Nurfatehah Mat Salleh 50m Compound Wanita
8. Fatin Nurfatehah Mat Salleh 30m Compound Wanita
9. Fatin Nurfatehah Mat Salleh Pusingan Olimpik Individu Compound Wanita
10. Mohd Rizaini Pandak Mohd 30m Recurve Lelaki
11. Mohd Hanafiah Senin 30m Wooden Lelaki
12. Mohd Hanafiah Senin 20m Wooden Lelaki
13. Mohd Hanafiah Senin Keseluruhan Wooden Lelaki
14. Mohd Khairul Azam Hashim 50m Compound Lelaki
15. Mohd Khairul Azam Hashim Berpasukan Compound Lelaki
PERAK
1. Fatin Nurfatehah Mat Salleh Pusingan Olimpik Berpasukan Compound Wanita
2. Fatin Nurfatehah Mat Salleh 60m Compound Wanita
3. Mohd Khairul Azam Hashim Pusingan Olimpik Individu Compound Lelaki
4. Mohd Khairul Azam Hashim 30m Compound Lelaki

GANGSA
1. Mohd Khairul Azam Hashim 90m Compound Lelaki
2. Mohd Khairul Azam Hashim 70m Compound Lelaki
3. Mohd Rizaini Pandak Mohd 70m Recurve Lelaki
4. Mohd Rizaini Pandak Mohd 50m Recurve Lelaki
5. Adibah Tajuddin 70m Recurve Wanita

Kejayaan UiTM adalah hasil usaha keras seluruh warga UiTM, Majlis Sukan Pahang dan Majlis Sukan Negara yang banyak membantu kami.

No comments: