Thursday, August 27, 2009

UiTM Cemerlang di Terbuka UPM


Pemanah UiTM telah memenangi 4 emas 3 perak dan 4 gangsa di Kejohanan Memanah Terbuka UPM 2009 bertempat di Stadium UPM. Kejohanan ini diadakan pada 22-26 Julai 2009. Kejohanan ini disertai oleh 147 pemanah dari seluruh Negara dan diserikan oleh seorang pemanah remaja wanita dari Iraq.

Pingat emas disumbangkan dalam acara pusingan Olimpik individu, dimana Mon Redee Sut Txi dan Saritha Chang Nom berjaya memenangi emas dalam acara recurve dan compound. Fatin Nurfateha Mat Salleh menang emas bagi acara jarak 50 meter dan dua emas lagi disumbangkan oleh pasukan compound wanita yang disertai oleh Norhayati Al-Madihah Hashim, Fatin Nurfateha Mat Salleh dan Saritha Chang Nom.

Pingat-pingat lain dimenangi adalah pingat perak dalam acara recurve wanita berpasukan, acara jarak compound wanita 60 meter dan 30 meter oleh Saritha dan pingat gangsa dalam acara compound wanita pusingan olimpik individu, acara jarak 70m oleh Fatin dan acara jarak recurve 70 meter dan 50 meter oleh Mon Redee.

Menurut Jurulatih recurve UiTM, Mon Redee, beliau kagum dengan peningkatan pemanah-pemanah recurve dimana pemanah beliau telah memecahkan rekod peribadi dan yang paling membanggakan pasukan recurve wanita UiTM pertama kali layak ke pusingan akhir bagi acara pusingan olimpik di kejohanan terbuka. Tambah beliau, masih banyak ruang untuk diperbaiki terutama dari segi teknik, latihan mental dan pemanah perlu berani ketika beraksi di pusingan olimpik.

Manakala Jurulatih compound UiTM, Mohamad Azmi Nias Ahmad, tidak menyangka yang semangat pemanah UiTM begitu tinggi hingga berjaya mencatatkan markah yang tinggi ketika pusingan olimpik berpasukan wanita. Pasukan compound wanita mencatatkan markah 225-213 ketika mengalahkan ATM B di peringkat separuh akhir dan 220-212 ketika perlawanan akhir menentang ATM A. Apabila ditanya tindakan beliau merehatkan pemenang pingat emas di Asia Gran Prix yang lalu, Nurhidayah Abdul Latip, beliau berkata, “Dayah perlu direhatkan bagi menghadapi kejohanan besar di Sirkit Kebangsaan 2 yang bakal berlangsung di Melaka pada 12-16 Ogos kelak”. Tambah beliau lagi arkitek disebalik kejayaan UiTM adalah seluruh warga UiTM, Majlis Sukan Pahang dan Majlis Sukan Negara yang banyak membantu kami.

No comments: